Friday, August 17, 2018

KOMUNIKASI TERUS DENGAN ALLAH

Sumber: Nor Saleha Mohd Salleh (2011). KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM



Ibadat solat adalah bentuk komunikasi secara langsung antara kita dengan Allah.

Kita mengadu dengan Allah apabila berhadapan dengan masalah dan memohon kepada-Nya apabila berhajat kepada sesuatu.

Kita boleh membina perhubungan dengan Allah melalui ibadat. 

Ibadat membawa maksud kepada semua perkara yang disukai dan diredai Allah sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan, perkara zahir atau bathin.

Ibn Taymiah menggariskan 14 perkara ibadat:
  1. mencintai Allah dan Rasulullah,
  2. berserah diri kepada Allah sepenuhnya,
  3. sabar atas ketentuan-Nya,
  4. mensyukuri nikmat-Nya,
  5. takut kepada azab-Nya,
  6. menunaikan kesemua rukun Islam spt solat, puasa dll
  7. bercakap benar,
  8. berbuat baik kepada kedua ibu bapa,
  9. menunaikan janji,
  10. menyuruh kebaikan dan melarang kejahatan,
  11. berjihad menetang kafir yg bermusuh dengan kita,
  12. berlaku baik dengan jiran
  13. berdoa , berzikir dan tilawah al-Quran,
  14. menjaga sunnah
Kita hendaklah membina hubungan dengan Allah. Dia sahaja yang menguasai dan mentadbir segala urusan kita. Hanya Allah yang menetukan buruk dan baik, susah dan senang hidup kita.

Segala yang dikehendaki Allah terhadap kita pasti akan berlaku. Segala yang tidak diingini oleh Allah pasti tidak akan berlaku.


ALLAH AKAN MEMBANTU DAN MENOLONG SESIAPA YANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA-NYA.


No comments:

Post a Comment