Saturday, August 18, 2018

KEMAMPUAN PANCAINDERA MANUSIA

Sumber: Nor Saleha Mohd Salleh (2011) KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM

Kemamapuan manusia ada batasan tertentu untuk mencerap segala informasi yang dimaklumkan oleh pancaindera.

Kapasiti pancaindera yang dimiliki setiap orang berbeza-beza.  Ini memungkinkan terjadinya perbezaan sensasi.

Mata hanya menyerap gelombang cahaya di antara 380 dan 780 nanometer.

Telinga hanya mampu menerima getaran suara dalam frekuensi dari 20 hertz sampai 20 kilohertz.

Tubuh manusia hanya sanggup bertahan dengan normal pada suhu udara antara 10 darjah celcius sampai 45 darjah celcius.

Memori berfungsi sebagai penyimpan informasi yang dihasilkan dan mengingat kembali (recalling). Memori berfungsi melalui 3 proses: merakam (encoding), menyimpan (storage) dan memanggil (retrieval).

Berfikir adalah tahap terakhir selepas memori dan terbahagi kepada 4 jenis :
  1. mengingat kembali (recall);
  2. mengenali (recognition);
  3. mengulang pelajaran (relearning);
  4. gabungan kembali (redintegration).

No comments:

Post a Comment