Sunday, August 19, 2018

SEJARAH ILMU TAJWID

Sumber: Dr Abdul Rahman Abd Ghani (2013) KEMAHIRAN AL-QURAN


Semasa zaman Rasulullah, tidak ada teori bacaan al-Quran seperti Nun mati bertemu dengan huruf Ba'  adalah iqlab, huruf idgham ada 6 iaitu ya', ra', mim, lam, waw dan nun

Teori ini belum wujud lagi kerana orang Arab Makkah dan Madinah boleh menyebut ayat-ayat al-Quran dengan baik.

Hukum-hukum teori ini dicipta kemudian oleh para ulama di zaman tabiin (mereka tidak bertemu Rasulullah, tetapi berada di zaman para Sahabat).

Ada yang mengatakan bahawa teori bacaan al-Quran ini dicipta oleh al-Khalid bin Ahmad al-Farahidi (meninggal 792M). Kira-kira 150 tahun selepas wafatnya Rasulullah.

Ilmu tajwid telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu "tajwid ilmi" dan "tajwid amali".

Tajwid ilmi adalah teori ilmu tajwid iaitu mengetahui kaedah-kaedah yang diguna pakai. Ia melibatkan perkara seperti makhraf huruf, sifat huruf, hukum nun mati dan tanwin, hukum mad serta waqaf dan ibtida'.

Tajwid amali pula adalah praktikal ilmu tajwid iaitu mengetahui hukum-hukum menyebut huruf-huruf al-Quran dengan cara yang betul. Melibatkan seperti mengeluarkan setiap huruf  daripada makhrajnya, mendatangkan sifat-sifatnya, memanjangkan hukum-hukum mad, mengizharkan hukum izhar.

Mempelajari tajwid ilmi adalah wajib fardu kifayah, iaitu jika ada orang lain mempelajarinya maka kita terlepas daripada kewajipan tersebut.

Sementara tajwid amali  adalah fardu ain  bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf. Bermaksud kita mesti mempelajarinya biar pun ramai yang sudah tahu.

No comments:

Post a Comment