Sumber: Dr Abduk Rahman Abdul Ghani (2013) KEMAHIRAN AL-QURAN
Para ulama membahagi kesalahan membaca al-Quran kepada dua bahagian.
(i) Al-Lahn al-Jaly (Kesalahan Nyata) bermaksud kesalahan mengenai lafaz sama ada berubah makna ataupun tidak.
Antara kesalahan di bawah kategori ini ialah:-

- menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain,
- menukarkan sesuatu baris kepada baris yang lain,
- mematikan, menambah atau mengurangkan sesuatu huruf.
Salah satu kesalahan yang popular ialah membaca dengan wasal (sambung) di penghujung sesuatu ayat tanpa membariskan huruf terakhir pada ayat (pertama) tersebut.
Contoh pada surah al-Fatihah, apabila membaca dengan wasal (bersambung) antara ayat pertama "Bismillahir Rahmaanir-Ra-hiim" dengan ayat kedua berikutnya "'Al-Hamdu lillaahi Rabbil-'Aalamiin".
Di hujung ayat pertama itu ada huruf "Mim berbaris bawah" (sila rujuk al-Quran) yang perlu dibaca bersekali apabila menyambung dengan ayat kedua berikutnya.
Kesilapan ini boleh berlaku pada mana-mana ayat yang kita baca secara wasal (sambung).
Dengan itu, bagi kita yang kurang mengingati huruf di hujung setiap ayat dinasihati supaya jangan mencuba membaca secara bersambung ini.
Kesilapan membaca ini para ulama menghukumnya sebagai haram. Jika berlaku pada surah al-Fatihah, solat kita itu tidak sah dan terbatal.
(ii) Al-Lahn al-Khafiyy (Kesalahan Tersembunyi) iaitu kesalahan yang tiada kaitan dengan lafaz bacaan tetapi berkaitan dengan kaedah atau cara bacaan sahaja.
Kesalahan ini agak teknikal kerana hanya dapat dikesan dan diketahui oleh mereka yang alim dalam ilmu tajwid.
Contohnya seperti tidak dapat membaca sesuatu mad (berkaitan memanjangkan bunyi huruf) itu dengan kadar panjang yang betul, atau meninggalkan ghunnah (kebanyakannya melibatkan nun dan mim yang bertasydid yang mana aliran udara keluar dari hidung).
Namun para ulama tidak sepakat mengenai hukumnya. Para ulama salaf menghukumnya sebagai haram, manakala para ulama khalaf pula berpendapat makruh.
(Nota kecil:
Ulama salaf dan ulama khalaf adalah berfahaman Ahli Sunnah Wai Jamaah. Generasi salaf hidup dalam 300 atau 500 tahun pertama Hijriyah iaitu zaman Rasulullah, para sahabat, para tabi'in dan tabi' tabi'in. Generasi khalaf adalah generasi yang hidup selepas generasi salaf dan terus menghidupkan dan meneruskan tradisi salaf, menolak bid'ah dan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.)

No comments:
Post a Comment