Tuesday, October 11, 2011

HANYA ALLAH TEMPAT KITA MENGADU

IMAN NAJAH : Segala nikmat dan dugaan yang kita alami adalah bersumber dari Allah. Percayalah dugaan itu hanya sementara, Allah ingin menguji kita.

FAEZ: Allah pernah mengingatkan kita bahawa jangan kita sangka telah beriman sehingga datangnya ujian daripada Allah.

TEGUH: Ujian seperti cawan jatuh dalam majlis mungkin menyusahkan hati kita, tetapi tahukah kita bahawa cawan pecah itu adalah pengganti kepada laptop kita pecah atau kereta kita rosak (sebagai kemungkinan sahaja).

AKHTAR: Tindakan Allah didasarkan atas kepentingan manusia berkenaan, biarpun kadangkala nampak macam tidak memihak kepada insan tersebut.

MULIA : Ingat Allah Maha Adil dan Maha Pengasih. Allah tidak membenci sesiapa kecuali mereka yang menduakan Tuhan. Kesalahan yang lain di ampuni jua jika kita bertaubat dan memohon keampunan.

FAEZ: InsyAllah. Allah akan mengampunkan makhlukNya. Dalan al-Quran banyak ayat yang bermaksud "Berdoalah kepada Ku (Allah), Aku akan kabulkan.........".

AKHTAR: Berdoalah pada bila-bila masa. Yang lebih baik selepas solat tahajjud hening malam, sementara rakan-rakan yang lain sedang di lamun mimpi.

TEGUH: Allah tidak pernah menzalimi manusia Islam maupun  bukan Islam. Percayalah apa jua dugaan yang kita tempuhi, akan di ikuti dengan kesenangan yang akan di beri oleh Allah.

MULIA: Percaya kepada Allah, we will never go wrong. Berdoalah kepada Yang Maha Esa...

IMAN NAJAH: Mentauhidkan Allah dalam berdoa dan beribadat. Hanya Allah sahaja yang mengatur peredaran alam dan kehidupan manusia di dunia dan di akhirat.

TEGUH: Hanya Allah yang menerima doa dan memberi pertolongan. Manusia lain nampak macam menolong kita tetapi mereka hanya sebagai alat penyampai pertolongan dari Allah itu jua.

FAEZ: Allah selalu menyertai orang-orang yang beriman dan melindungi mereka.

IMAN NAJAH: Jaminan Allah terhadap kemenangan umat yang beriman dan terhadap orang yang bertawakkal memang termaktub di dalam al-Quran. Allah tidak pernah mungkir janji.

MULIA: Kepastian nasib kita hanya di tangan Allah, bukan manusia, bukan boss di pejabat, bukan ibu bapa kita di rumah, hanya Allah sahaja BOSS kita.

AKHTAR: Jangan SMS Allah, jangan e-mail Allah.......guna direct line, terus berdoa selepas setiap solat....dan banyak waktu lain yang afdal jua.

FAEZ:  Allah berkuasa untuk memberi daya hidup pada manusia di luar hukum kebiasaan. Berdoalah apa sahaja, biarpun kejadian itu telah berlalu. Berdoa agar kejadian kemarin itu di fahami serta di senangi oleh orang lain.

IMAN NAJAH: Komputer Allah lebih jauh hebat daripada softwares Bill Gates atau Steve Jobs.

TEGUH: Allah membuat sesuatu menurut yang dikehendaki-Nya demi kepentingan manusia dan alam ini.

MULIA: Allah tidak menzalimi kita...percayalah.

No comments:

Post a Comment