Sunday, November 6, 2011

ANAK KECHIL KENA AZAB KUBUR KE?

TEGUH: Ada dua pendapat mengenai perkara anak kecil kena azab kubur ini.

AKHTAR: Pendapat yang menyatakan bahawa anak kecil ini akan kena siksa kubur berdasar kepada hadis yang mengatakan bahawa anak kecil ini akan di uji di akhirat nanti. Maka sudah tentulah mereka tiada terhalang untuk diuji juga dalam kubur.

IMAN NAJAH: Kumpulan yang bersetuju bahawa anak kecil akan kena siksa kubur juga berhujah bahawa siksaan ini mungkin bukan perbuatan anak kecil ini tetapi berpunca daripada kaum keluarganya.

MULIA: Rasulullah ada bersabda yang bermaksud bahawa sesungguhnya mayat itu akan disiksa disebabkan raungan tangisan serta menumbuk-menumbuk dada oleh kaum keluarganya ke atas kematiannya.

FAEZ: Pendapat kedua yang mengatakan anak kecil tidak akan kena azab kubur berpandukan kepada fahaman bahawa soalan kubur hanya berlaku kepada orang yang sudah mengerti tentang perutusan Rasulullah.

IMAN NAJAH: Adapun anak kecil yang belum tahu membezakan antara sesuatu dengan yang lain, bagaimana akan di tanyakan kepadanya.Tidak mungkin dia akan di tanya tentang sesuatu yang dia tidak mengetahuinya di sebabkan umur baharu setahun jaggung.

TEGUH: Allah tidak menyiksa sesiapa pun tanpa dosa yang dilakukannya.

No comments:

Post a Comment