IMAN NAJAH: Ada banyak cara untuk selamat dari siksaan kubur. Dan yang paling mudah sekali ialah di buat semasa kita hendak tidor.
FAEZ: Dalam persiapan untuk tidur, sebelum kita baring merehatkan badan, duduklah sebentar untuk merenung menghisab diri kita di atas apa jua perbuatan kita sepanjang hari tadi. Sudah tentu ada yang baik dan pasti ada yang buruk.
MULIA: Kemudian kita buatlah taubat nashuha kepada Allah agar apa jua keburukan yang kita lakukan siang tadi di ampunai dan bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
TEGUH: Regime ini hendaklah kita lakukan pada setiap malam, walau di mana kita berada. Ianya mudah dan tiada kos serta mengambil masa tidak sampai 5 minit.
AKHTAR: Sekiranya kita mati pada malam-malam ini, insyAllah kita akan mati di dalam taubat.
IMAN NAJAH: Kalau kita buat secara ikhlas, esok pagi apabila bangun dari tidur, kita akan merasa segar, ringan kepala dan hati yang tenang.
MULIA: Cuma kalau hendak ada value-added bolehlah di tambah sebelum tidur akan zikir, wirid dan berdoa.
No comments:
Post a Comment