Monday, November 7, 2011

MENYEKUTUKAN ALLAH

IMAN NAJAH: Salah satu dosa menyebabkan kita disiksa dengan teruk semasa dalam kubur nanti ialah menyekukukan Allah.

TEGUH: Menyekutukan Allah secara amnya bermaksud menyamakan sifat dan kuasa Allah dengan makhluk yang lain. Kita perlu taat kepada Allah, dan kita juga perlu taat kepada kedua ibu bapa kita.

MULIA: Kalau kita tidak taat kepada Allah kita tetap akan berdosa dan mungkin kufur. Begitu juga jika kita tidak taat kepada kedua ibu bapa, kita mungkin berdosa dan mungkin derhaka.

TEGUH: Tetapi arahan ibu bapa kita supaya melanggar arahan Allah, kita wajib menolak arahan ibu bapa kita itu. 

FAEZ: Di dalam Al-Quran ada Allah mengarahkan kita supaya melaksanakan hukum Islam. Tetapi di sebabkan kepentingan politik, kita mencari seribu helah memberi berbagai alasan bahawa ianya belum sesuai lagi di laksanakan. Sekarang ini negara Malaysia adalah negara majmuk berbilang bangsa dan agama, hukum Islam belum sesuai lagi.

AKHTAR: Ya Allah! Secara tidak sedar kita mengatakan bahawa Allah tidak tahu bahawa di Malaysia ini ada penduduk berbilangan kaum dan berbagai agama. Seakan-akan Allah membuat hukum Islam yang tidak menyeluruh, hukum Islam yang tidak mengambil peranan dan hak orang bukan Islam.

IMAN NAJAH: Beraninya kita menyifatkan Allah sepertimana sifat kita manusia. Ini yang kita katakan salah satu perbuatan menyekutukan Allah. Terimalah siksaan awal di dalam kubur nanti!!!

TEGUH: Apabila Allah membuat sesuatu hukum, semua perkara telah di ambil kira. Saya tiada contoh undang-undang Islam di sini, tetapi sebagai kiasan kita ambil arahan solat.

FAEZ: Solat fardu hendaklah di laksanakan secara berdiri dan tidak boleh duduk bagi mereka yang sihat. Tetapi bagi yang tidak mampu berdiri, boleh bersolat duduk. Tak mampu duduk, solat berbaring. TIdak mampu segala-segalanya, boleh menggunakan kelipan mata.

AKHTAR: Allah Maha Mengetahui, kemampuan dan kesulitan manusia. Takkan Allah tidak mengetahui bahawa Malaysia mempunyai rakyaat berbilangan agama? Lawak bodohnya kita ni!

No comments:

Post a Comment