Friday, November 4, 2011

MAYAT DI DINDINGI OLEH AMALAN BAIK

TEGUH: Apabila mayat kita di kebumikan di dalam kubur, kita akan dapat mendengar tapak kaki orang-orang yang meninggalkan kubur kita untuk kembali ke rumah setelah selesai upacara perkebumian itu.

IMAN NAJAH: Ketika ini akan tiba dua orang malaikat datang untuk menyoal kita.

AKHTAR: InsyAllah bagi kita yang beriman, kita akan di temani oleh amalan semasa kita hidup. Amalan solat kita akan berada di kepala kita, puasa di sebelah kanan, zakat di sebelah kiri badan kita, dan amalan lain seperti sedekah akan berada di kedua kaki kita.

MULIA: Jika ada yang hendak mengusik atau menyeksa kita, maka setiap amalan itu akan menghalangnya.

TEGUH: Memandangkan kita beriman kepada Allah dengan sepenuh ikhlas, maka kubur kita akan di lapangkan. Ada kitab menyatakan seluas tujuh puluh hasta kubur itu di lapangkan.

FAEZ: Jika kita terlepas daripada seksaan kubur, kita akan di tidurkan seperti tidurnya seorang pengantin. Macam mana tidur pengantin?

IMAN NAJAH: Tetapi bagi kita yang tidak percaya kepada kuasa dan janji Allah, maka kubur kita akan di sempitkan sehingga tulang-tulang badan kita pecah berkecai. Kita akan menjerit dengan kuat sekali, sehingga terdengar oleh semua makhluk Allah selain manusia dan jin sahaja.

AKHTAR: Kita akan terus menerus diseksa sedemikian rupa sehinggalah kita dibangkitkan Allah nanti.

FAEZ: Bahawasanya siksa kubur itu adalah seksa di alam Barzakh. Maka setiap orang yang mati mesti merasakan siksa itu. Samada dia di tanam dalam tanah, mati di makan binatang buas, atau mayatnya di bakar menjadi abu.

 

No comments:

Post a Comment