AKHTAR: Ada kitab menulis bahawa mimpi Rasulullah adalah setingkat dengan wahyu. Ini bermaksud bahawa mimpi Rasulullah boleh di percayai sepertimana wahyu yang di terima daripada Allah.
TEGUH: Rasulullah bermimpi melihat seseorang yang sedang duduk dan seorang lagi berdiri. Yang berdiri itu di tangannya ada sebilah cangkuk besi. Dia kemudiannya di cocokkan cangkuk besi itu ke dalam rahang mulut rakannya yang sedang duduk itu hingga menebusi ke belakang tengkok.
IMAN NAJAH: Setelah itu luka di rahang dan tengkok itu pulih semula, di cocok lagi. Pulih, cocok, pulih, cocok dan seterusnya. Ini adalah merupakan seorang yang mulutnya bercakap dusta atau penipu.
MULIA: Dalam mimpi yang sama Rasulullah ada melihat dua orang juga, dimana yang pertama sedang berbaring dan satu lagi masih berdiri. Yang berdiri memengang satu batu besar, dia menghempas batu itu ke atas kepala orang yang sedang berbaring tadi. Tengkorak kepala orang yang baring itu berkecai hancur, kemudian ianya bercantum semula.
FAEZ: Apabila tengkorak kepala sudah bercantum, rakanya menghempas batu itu lagi. Tengkorak berkecai, cantum semula, hempas lagi...begitulah seterusnya. Ini adalah balasan kepada orang yang telah diberi kepadanya ilmu al-Quran tetapi dia tidak mengamalkannya.
IMAN NAJAH: Pada perjalanan Rasulullah di Israk, Baginda juga berjumpa pemandangan lebih kurang sebegini. Perjalanan Israk adalah benar berlaku, bukan mimpi ya.
No comments:
Post a Comment