IMAN NAJAH: Secara ringkasnya mengapa kita di siksa oleh sebab kita tidak mengenal Allah dan tidak mahu tahu mengapa kita di jadikan. Kita ingat Allah itu macam boss kita di pejabat.
AKHTAR: Yalah, bila boss ada kita kerja betul-betul, tetapi bila boss tiada kita mencuri tulang. Banyak perkara yang kita buat di pejabat boss tidak tahu. Bila kita susah hendak siapkan sesuatu kerja, baharulah kita cari boss. Begitulah agaknya kita berlagak dengan Tuhan.
FAEZ: Ingatlah, Allah tidak akan menyiksa sesuatu roh yang mengenali Nya, roh yang mematuhi perintah Nya serta menjauhi segala tegahan Nya. The formula is so brief but need penghayatan keikhlasan melaksanakannya.
MULIA: Kesalahan yang terbesar sekali ialah menduakan Allah. Kita percaya ada kuasa lain yang boleh membantu kita selain daripada Allah. Kita percaya rezeki di beri oleh manusia lain, fasal itu kita kena ikut apa sahaja yang orang itu suruh. Kita percaya kenaikan pangkat kita di beri oleh boss di pejabat! Fasal itu kehidupan harian kita sangat menggangu hati kita, tidak aman di buatnya.
TEGUH: Kalau kita percaya kesemua kehidupan kita datangnya daripada Allah, hidup kita akan lebih nyaman. Percayalah! Walau bagaimanapun, kita kena berusaha sebelum kita menyerah kepada Allah, dan terima dengan hati terbuka selepas itu.
IMAN NAJAH: Ada dua lagi dosa besar yang kerap kita lakukan. (1) menderhaka kepada kedua ibu bapa termasuk ibu dan bapa mentua, dan (2) memakan riba.
FAEZ: Satu-satunya dosa yang kita akan berperang dengan Allah ialah memakan riba. Tetapi kita ambil enteng sahaja, bahkan jabatan agama Islam lebih tumpu kepada kes-kes lain.
MULIA: Banyak produk yang di anggap mengikut Syariah di Malaysia ini, tidak di iktiraf halal oleh ulamak dunia. Mereka pernah berkata produk so-called Islamic Malaysia ini seperti wanita memakai tudung menutup kepala tetapi memakai mini skirt.
No comments:
Post a Comment