Pertama (1) ialah berkata-kata dengan sengaja lagi diketahui akan haramnya dan ingat akan dirinya di dalam solat dengan dua huruf atau satu huruf yang memberi faham atau satu huruf yang bermad.
Tetapi jika dia berkata-kata dengan lupa dan sedikit perkataannya, iaitu enam kalimah atau kurang daripadanya atau berkata ia dengan sengaja dan jahil ia akan haramnya kerana ia baharu memeluk Islam, maka tiada batal solatnya.
Ke (2) adalah perbuatan yang banyak, iaitu tiga kali berturut-turut dan jika dengan lupa sekalipun, seperti tiga langkah atau tiga gerak samada ia dengan satu anggota atau dengan tiga anggota atau "dihisab akan tiga itu dengan gerak yang sunat sekalipun, seperti dua gerak yang sunat dan satu gerak yang lainnya jadi tiga", maka batal solatnya. Sentence in italic kami belum mengerti maksud sepenuhnya, terpulang kepada anda bertanya dengan mereka yang berilmu.
Ke (3) adalah kedatangan hadas besar atau kecil.
Ke (4) Kedatangan najis yang tiada dimaaf akan dia,
Ke (5) ialah syak pada niat atau pada takbiratul ihram serta panjang masa syaknya.
Ke (4) Kedatangan najis yang tiada dimaaf akan dia,
Ke (5) ialah syak pada niat atau pada takbiratul ihram serta panjang masa syaknya.
Ke (6) ialah taraddud ia pada apa solat yang diniatkan...adakah zohor atau asar, umpamanya.
Ke (7) niat hendak memutus akan solatnya.
Ke (7) niat hendak memutus akan solatnya.
Ke (8) mengerja ia akan satu rukun fi'li pada yang bukan tempatnya dengan sengaja seperti sujud ia dahulu.
Ke (9) berpaling dadanya daripada qiblat dengan sengaja atau dengan lupa dan panjang masa berpalingnya daripada ruku'nya.
Ke (10) memberi salam degan sengaja pada yang bukan tempat salam.
Ke (11) terbuka aurat...jika akan dia oleh yang lain daripada angin, maka batal solatnya. Dan jika oleh angin dan ditutup akan dia dengan segera dan tiada membawa kepada banyak perbuatan pada menutup akan dia dan tiada berulang-ulang keduanya, maka tiada batal solatnya.
Ke (12) mengerjakan akan sesuatu yang membatalkan ia akan puasanya. Ke (13) melebih akan rukun fi'li dengan sengaja.
Ke (14) berdeham-dehem atau tertawa atau menagis atau berhembus dengan mulut atau dengan hidung jika zahir dua huruf pada kalian itu.
Ke (15) memanjang akan rukun yang pendek dengan sengaja.
Ke (16) terkemudian makmum daripada imamnya atau terdahulu daripadanya dengan dua rukun fi'li keduanya dengan ketiadaan uzur.
Ke (16) terkemudian makmum daripada imamnya atau terdahulu daripadanya dengan dua rukun fi'li keduanya dengan ketiadaan uzur.
Ke (17) meng'iktiqad akan yang fardu itu dengan sunatnya, dan
Ke (18) ialah murtad.
Ke (18) ialah murtad.
No comments:
Post a Comment