Thursday, September 20, 2012

PENGUMPULAN AL-QURAN

IMAN NAJAH:  Dasar pengumpulan al-Quran pada zaman Rasulullah saw berlaku dalam dua bentuk iaitu berpandukan kaedah hafalan dan tulisan. Rasulullah saw orang pertama yang menghafal al-Quran. 

AKHTAR: Rasulullah saw sendiri pernah ditegur oleh Allah swt dalam surah al-Qiyamah (Hari Kiamat) 75 ayat 16-19 yang bermaksud "Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) al-Quran karena hendak cepat-cepat (menguasainya). Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya ikutlah bacaannya itu".

TEGUH: Apabila turunnya wahyu kepada Rasulullah saw, baginda akan memanggil beberapa orang untuk mencatatkannya....di antara mereka ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin 'Affan, Ali bin Abi Talib, Muawiyyah bin Abi Sufian, Zaid bin Thabit, Ubay bin Ka'b, Khalid bin al-Walid dan Thabit bin Qays.

FAEZ: Penulisan ini di buat atas kepingan batu, pelepah tamar, tulang-tulang unta atau biri-biri yang telah kering, keping kayu, kulit, daun dan akhir-akhir ada juga kertas.

MULIA: Rasulullah saw tidak mengumpulkan seluruh ayat al-Quran tersebut di dalam satu mushaf. Bahkan ayat-ayat itu bercampur aduk dan berselerak di sana sini. Keadaan ini berlaku kerana Rasulullah saw sendiri sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga akan kedatangan wahyu baharu. Wahyu terakhir ialah 9 hari sebelum wafatnya Rasulullah saw....baginda wafat pada tahun 10H...dan ayat terakhir ialah surah al-Baqarah ayat 281. Pada zaman Rasulullah saw, al-Quran telah pun lengkap ditulis tetapi masih tidak tersusun dalam satu mashaf.

TEGUH: Selepas wafatnya Rasulullah saw, Abu Bakar menjadi khalifah pertama. Dalam peperangan Yamamah pada tahun 12H, lebih kurang 70 orang sahabat penghafal al-Quran telah gugur syahid. Perkara ini amat mendukacitakan Saidina Umar al-Khattab.

AKHTAR: Saidina Umar telah beberapa kali bertemu dengan Khalifah Saidina Abu Bakar dan mencadangkan supaya al-Quran dikumpulkan. Saidina Abu Bakar pada mulanya tidak bersetuju kerana perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw sendiri. Akhirnya dengan izin Allah, Saidina Abu Bakar bersetuju dan mengarahkan Zaid bin Thabit berbuat demikian. Tugasan ini dapat di selesaikan oleh Zaid dalam masa setahun....kira-kira beberapa bulan sebelum meninggalnya Saidina Abu Bakar. Naskah al-Quran ini yang dalam bentuk satu mashaf ini disimpan di rumah Abu Bakar.

TEGUH: Selepas kewafataan Abu Bakar, mashaf al-Quran ini berpindah tangan kepada Saidina Umar, dan apabila beliau meninggal disimpan oleh anaknya Hafsah binti Umar yang juga salah seorang isteri Rasulullah saw.

FAEZ: Di samping itu para sahabat pula masing-masing mempunyai mashaf susunan yang berlainan antara satu sama lain terutama di kawasan Kufah dan Syam. Seorang sahabat bernama Huzayfah bin al-Yaman telah memaklumkan perkara ini kepada Saidina Uthman selaku khalifah pada waktu tersebut.

MULIA: Uthman telah meminjam naskah al-Quran yang disimpan oleh Hafsah dan memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubayr, Said bin  al-'As dan Abdul Rahman bin al-Harith menyalinnya. Perkara ini berlaku pada tahun 25H.

AKHTAR: Sejumlah 6 naskah telah disalin dari naskah asal dan dihantar ke Syam, Kufah, Basrah, Makkah, Bahrain dan Yaman. Seterusnya Khalifah Uthman memerintahkan semua naskah al-Quran yang lain dibakar.

No comments:

Post a Comment