Al-Quran mengandungi pelbagai kisah yang berulang tidak pada satu tempat sahaja. Sebuah kisah disebut berulang kali di dalam al-Quran di beberapa temp
Pengulangan sesuatu kisah dalam bentuk yang pelbagai gaya bahasanya merupakan satu bentuk i'jaz al-Quran dan mempunyai beberapa tujuan dan hikmahnya.
Pengulangan sesuatu kisah dalam bentuk yang pelbagai gaya bahasanya merupakan satu bentuk i'jaz al-Quran dan mempunyai beberapa tujuan dan hikmahnya.
MULIA:Di antara hikmah pengulangan kisah al-Quran ialah (1) keistimewaan gaya bahasa dengan mempaparkan sesebuah kisah dengan cerita yang sama tetapi menggunakan gambaran yang berbeza. Kisah yang berulang, diulang pada tempat yang lain dengan gaya bahasa yang berbeza antara satu sama lain. Seseorang tidak akan merasa jemu dengan pengulangan tersebut, bahkan akan mendapati di dalam diri mereka makna-makna tertentu yang mereka tidak dapati apabila mereka membacanya di tempat lain.
AKHTAR: Ke (2) adalah untuk mengutamakan tujuan dan matlamat kisah tersebut untuk menguatkan pengajarannya di dalam diri individu serta menunjukkan kepada kepentingannya. Seperti kisah Nabi Musa a.s. dan Fira'un...mempaparkan contoh pertembungan antara kebenaran dan kebatilan secara menyeluruh. Kisah ini di ulang beberapa kali di beberapa tempat di dalam al-Quran.
FAEZ: Ke (3) ialah di mana matlamat dan tujuan yang berbeza yang ingin difokuskan daripada sesuatu kisah. Kisah berkenaan akan diceritakan secara terperinci di sebahagian tempat tetapi di tempat lain ia diceritakan secara ringkas sahaja. Ia bertujuan supaya para pembaca dapat mengambil iktibar dan faedah berdasarkan persoalan yang ingin diketengahkan kerana setiap kita menghadapi masalah yang tidak sama atau jika sama pun degreenya berbeza.
MULIA: Hikmah ke (4) adalah bertujuan untuk menghiburkan jiwa Rasulullah saw agar tenang kerana apa jua yang berlaku kepada Rasulullah hampir kesemuanya sudah belaku kepada para Rasul sebelumnya.
No comments:
Post a Comment