IMAN NAJAH: Dalam buku rujukan kami ini, definisi "ayat" tidak begitu jelas. Ada menyatakan (1) al-Ibrah bermaksud tanda (2) al-Jama'ah yang bermakna kumpulannya (3) al-Mu'jizat iaitu mukjizat (4) al-Amr al-Ajib bermaksud perkara pelik dan (5) al-Dalil yang bermakna dalil.
TAGUH: Definisi tafsir biasa ialah "beberapa jumlah atau susunan perkataan yang mempunyai awal dan akhir yang dikira sebahagian daripada surah".
AKHTAR: Surah pula bermaksud "kedudukan atau tempat yang tinggi". Mengikut buku berkenaan, nama-nama surah adalah berdasarkan tauqifi daripada Rasulullah s.a.w.
MULIA: Para ulama berbeza pendapat tentang bilangan surah dalam al-Quran. Al-Imam al-Zarkasyi menyatakan 114 surah; Mujahid pula menyebut 113 dengan menganggap surah al-Anfaal 8 (Rampasan Perang) dan surah al-Taubah 9 (Pengampunan) sebagai satu surah kerana ridak ada Basmalah pada permulaan surah al-Taubah. Pandangan Ibn Mas'ud pula 112 surah. Namum teramai menerima 114 surah. Perbezaan pendapat tentang bilangan surah ini tidak menjejaskan kandungan al-Quran itu sendiri.
IMAN NAJAH: Sila jangan keliru cara kami menulis nama surah ini... contoh surah al-Ma'idah 5. Ini perlu dibaca bahawa surah al-Ma'idah adalah surah yang ke 5.... ini akan mempercepatkan pencarian surah.
FAEZ: Namun begitu, surah di bahagikan kepada 4 bahagian (1) Al-Sab'u al-Tiwal iaitu tujuh surah panjang-panjang iaitu (i) surah al-Baqarah 2, (ii) Ali Imran 3, (iii) al-Nisaa 4, (iv) al-Ma'idah 5, (v) al-An'am 6, (vi) al-A'raf 7. Ulama berselisih pendapat tentang surah ke (vii). Ada yang mengatakan surah al-Anfal 8 dan al-Bara'ah 9 adalah satu surah kerana tidak ada Basmalah seperti di sebut di atas. Ada pula menyebut surah Yunus 10.
TEGUH: Bahagian (2) Al-Mi'un iaitu surah yang mempunyai hampir atau lebih sedikit daripada seratus ayat seperti surah Hud, surah Yusuf dll.
AKHTAR: Bahagian (3) Al-Mathani iaitu surah kurang sedikit daripada seratus ayat seperti surah al-Anfal, surah al-Hijr dll
MULIA: Bahagian (4) Al-Mufassal iaitu surah-surah pendek seperti surah al-Dhuha, al-Ikhlas dll.

No comments:
Post a Comment