IMAN NAJAH: Pagi tadi di radio IKIM, ada seorang ustaz memberi tazkirah mengenai solat. Kami ingin share dengan pembaca, mungkin ramai sudah mengetahuinya.
TEGUH: Biasanya apabila kita sedang solat, kita was-was adakah kita sudah buat tiga atau empat rakaat. Mengikut formula mazhab Shafiyi, kita kena ambil yang terendah.
AKHTAR: Dalam kes ini, tiga rakaat. Maka kita kena tambah satu rakaat lagi bagi menyempurnakan solat kita.
MULIA: Tiba-tiba kita ingat bahawa sebenarnya telah membuat empat rakaat. Maka jika kita tambah satu rakaat lagi, solat kita sudah menjadi lima rakaat. So bagaimana?
FAEZ: Persoalannya ialah.....pada waktu bila kita ingat dan pasti telah buat empat rakaat tu?
IMAN NAJAH: Sekiranya SELEPAS tamat solat.......baru kita ingat sebenarnya sudah buat empat dan sekarang di tambah satu lagi menjadi lima rakaat. Solat kita tu SAH kerana teringat selepas selesai solat.
AKHTAR: Tetapi sekiranya kita ingat semasa masih DALAM solat bahawa sudah buat empat rakaat.....biasanya ingatan ini berlaku semasa pada rakaat tambahan. Apa hendak buat?
TEGUH: Sekiranya kita teruskan rakaat tambahan (rakaat ke lima) sedangkan kita tahu bahawa ini rakaat ke lima.......solat kita BATAL.
FAEZ: Macam mana agar solat kita sah? Kita kena terus duduk ke posisi tahayat akhir dan memberi salam. Ustaz tu tidak kata kena baca tahyat akhir......ini kena tanya orang yang tahu ya!
MULIA: Apa maksud "terus duduk ke posisi tahayat akhir"...... kalau kita pada rakaat ke lima sedang membaca al-Fatiha........then terus sahaja ke posisi tahayat akhir.
AKHTAR: Ini pandangan peribadi.....mungkin silap......kita tahu bahawa tahyat akhir dan bacaannya adalah wajib......so kalau kita belum buat, maka kita kena bacalah.........please saya mungkin silap................
AKHTAR: Ini pandangan peribadi.....mungkin silap......kita tahu bahawa tahyat akhir dan bacaannya adalah wajib......so kalau kita belum buat, maka kita kena bacalah.........please saya mungkin silap................
No comments:
Post a Comment