IMAN NAJAH: Al-Quran merupakan kalam hidayah yang menjadi petunjuk kepada umat manusia sepanjang zaman.
TEGUH: Kemuliaan dan ganjaran pahala yang tidak terhingga kepada orang yang membacanya. Lebih lagi kepada mereka yang mengamalkan dengan ajaran yang diperolehi dari bacaannya.
AKHTAR: Kesemua Kitab Samawi yang diturunkan mempunyai pertalian antara satu sama lain. Kitab-kitab Samawi yang secara jelas disebut dalam al-Quran ialah (i) Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa (ii) Zabur kepada Nabi Daud......bapa Nabi Suleiman, (iii) Injil kepada Nabi Isa.
MULIA: Kesemuanya Kitab-Kitab ini adalah kalam yang diturunkan oleh Allah dengan satu matlamat iaitu sebagai hidayah mengajak manusia beriman dengan agama tauhid. Iaitu percaya dan akur kepada SATU Tuhan sahaja iaitu Allah.
FAEZ: Namun, kitab-kitab Samawi ini asalnya daripada Allah. Tetapi kesemuanya telah diselewengkan oleh para rahib dan paderi.
IMAN NAJAH: Al-Quran menghapuskan syariat kitab-kitab terdahulu. Al-Quran kitab terakhir.
No comments:
Post a Comment