IMAN NAJAH: Perbincangan mengenai hadith ini, adalah rujukan kepada buku "Hadith 40" yang di susun oleh Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif Al-Nawawi terbitan Dewan Pustaka Fajar.
AKHTAR: Kebanyakan hadith yang di buat rujukan di Malaysia ini diriwayatkan oleh 2 ulama iaitu Imam Bukhari dan Muslim, di samping pengriwayat lain seperti Imam Tirmizi.
MULIA: Ada catatan sejarah mengatakan hadith mula dibukukan pada masa Umar bin Abdul Aziz iaitu kira-kira 90 tahun setelah wafatnya Rasulullah saw. Umar Abdul Aziz ini ialah cucu kepada Umar bin Khattab (Khalifah ke-2) dan menjadi khalifah kerajaan Bani Umayyah (99-101 Hijrah).
TEGUH: Umar Abdul Aziz mengarahkan gabenornya iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin 'Amru bin Hazm mengetuai kerja ini dengan bermula merujuk hadith-hadith yang terdapat pada Amrah binti Abdul Rahman (21-98 Hijrah) dan Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar (37-107 Hijrah).
FAEZ: Amrah seorang wanita Islam yang mendalami ilmu fiqh serta murid kepada Aisyah (isteri Rasulullah saw yang ke-3).
No comments:
Post a Comment