Wednesday, July 24, 2013

SEJARAH  MEMBUKUKAN  HADITH


Pada masa Rasulullah saw dan semasa pemerintahan keempat-empat khalifah, hadith belum lagi dibukukan atau disusunkan secara sistematik.

Ada tiga sebab utama mengapa perkara ini berlaku. Pertama (1) kaum muslimin pada masa Rasulullah saw masih hidup, dapat secara langsung keterangan dan perjelasan dari baginda apa jua bahagian ibadat dan seumpamanya yang belum jelas.

Kedua (2), takut-takut kalau hadith yang akan ditulis bercampur aduk dengan al-Quran. 

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud "Janganlah kamu tulis daripadaku selain al-Quran, dan barangsiapa telah tulis daripadaku selain al-Quran maka hendaklah ia hapuskan".

Ketiga (3), pada zaman keempat-empat khalifah, para muslimin pada masa itu amalkan sahaja apa yang mereka ketahui atau yang mereka dengar dari khalifah-khalifah tersebut. 

No comments:

Post a Comment