Syarat (1) Suci daripada hadas.... suci daraipa hadas kecil dan besar serta suci daripada najis pada badan, pakaian serta tempat solat.
Syarat (2) Mumaiyiz.....yang bermaksud dapat membezakan.....kanak-kanak dikira mumaiyiz apabila dia dapat membezakan antara sesuatu yang merbahayakan kepada dirinya dan membezakan yang bersih dan yang kotor....kebiasaannya pada usia tujuh tahun sudah mumaiyiz
Syarat (3) Mengetahui peraturan solat........mengetahui cara-cara solat didirikan dan dapat membezakan di antara rukun dan sunat dalam perbuatan dan bacaan solat.
Syarat (4) Mengetahui masuk waktu solat......memadai dengan azan telah masuk waktu atau bertanya kepada penduduk di tempat solat didirikan.
Syarat (5) Menutup aurat.........(i) aurat lelaki di dalam solat ialah anggota di antara pusat hingga lutut...... peraturan aurat pusat-lutut ini juga terpakai semasa di luar solat apabila lelaki berkenaan bersama dengan lelaki lain atau bersama dengan wanita yang mahram dengannya.......aurat lelaki bersama wanita ajnabi (yang sah dikahwininya) ialah seluruh badan....Allahwalam!
Tutup aurat ke (ii) ialah bagi aurat perempuan dalam solat atau luar solat adalah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.........aurat sesama wanita pula ialah anggota di antara pusat hingga lutut.
No comments:
Post a Comment