Monday, March 31, 2014

SOLAT JAMAK


MAKNA SOLAT JAMAK


Solat Jamak ialah menggabungkan atau menghimpunkan dua solat dalam satu waktu:
  • gabungan solat Zohor dengan solat Asar dan sebaliknya,
  • gabungan solat Magrib dengan solat Isyak dan sebaliknya,
  • solat Subuh.... kekal solo

Specialnya  solat Jamak ialah........ 5 jenis solat fardu ini boleh dibuat dalam masa 3 waktu sahaja.....(i) Subuh, (ii) Zohor or Asar, dan (iii) Magrib or Isyak.

Perhatian: Memendekkan solat dari 4 rakaat kepada 2 rakaat tidak termasuk dalam kategori solat Jamak ini. Memendekkan bilangan rakaat solat di bawah kuasa solat Qasar.

Ini bermaksud, jika kita laksanakan solat Jamak sahaja maka bilangan rakaat tetap kekal iaitu 4 tetap 4, 3 kekal 3 dan 2 masih 2.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Solat Jamak boleh di laksanakan kerana berbagai perkara..... dan dengan bersolat Jamak ini akan menghilangkan kesulitan kepada kaum Muslimi. Di antara sebabnya ialah:-
  • musafir yang perjalanan melebihi 90 km 
  • sakit yang menyukarkan untuk solat termasuk tidak tos kencing
  • salji atau hujan bagi mereka yang berjemaah di masjid
  • menjalankan pembedahan di hospital bagi doktor dan jururawat
  • menjalankan mengawal keselamatan bagi tentera dan polis


HUKUM AIR LIUR BASI

Kami merujuk kepada artikel Dr Juanda bin Jaya, mufti Perlis mengenai persoalan air liur basi.

Dr Juanda menyatakan bahawa hukum asal bagi sesuatu yang keluar dari badan manusia adalah tidak najis melainkan jika terdapat yang menunjukkan sebaliknya. Yang najis ialah seperti air kencing, tahi manusia dan darah yang tumpah (mengalir).

Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah yang bermaksud "Sesungguhnya seseorang mukmin itu tidak najis". Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari.

Maka perkara-perkara yang tiada dalil kenajisannya adalah seperti air liur, peluh, tahi mata, tahi hidung, tahi telinga, hingus, kahak, air mani, lembapan faraj wanita.......ini semua tidak dikira najis.

Namun begitu, sebahagian ulama berpendapat apa jua cecair yang keluar dari perut adalah najis. Maka macam mana hendak tahu adakah air liur basi kita keluar dari mulut atau dari perut?

Ia di anggap keluar dari mulut sekiranya, cecair itu keluar dari mulut semasa tidur kemudian terhenti titisannya dalam jangkamasa yang lama. Berapa lama? Sehingga kering bibir yang tidur itu dan juga kering bantal yang terkena air liur basi tersebut.

Susah juga sebab siapa hendak buat checking itu? Ramai di antara kita yang geli dengan air liur basi orang lain.

Al-Imam al-Nawawi ada merujuk kepada doktor perubatan yang boleh dipercayai. Para doktor ini menafikan adanya air liur basi keluar dari perut! 

Sekiranya kita mengambil pendapat para doktor ini, maka air liur basi adalah tidak najis. Ia di anggap perkara Umum al-Balwa....iaitu yang tersebar, kerap berlaku dan sukar dihindarkan. Dan ianya sunat di basuh sebagai langkah berhati-hati. Wallahu a'lam. 

SOLAT QASAR

Solat Qasar bermaksud memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua. Khusus kepada solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat sah solat Qasar :-



  • NIAT MUSAFIR
    • Berniat untuk perjalanan melebihi 90 km. 
  • MUSAFIR YANG DIHARUSKAN
    • Hanya bagi musafir yang diharuskan sahaja seperti balik kampung menemui saudara mara, ziarah orang sakit/kematian atau membawa keluarga bercuti.
  • JARAK PERJALANAN
    • Jarak perjalanan mestilah sekurang-kurangnya 90 km.
  • PERMULAAN QASAR
    • Solat Qasar boleh dilakukan sebaik sahaja keluar dari kawasan perumahan anda. Tidak perlu tunggu hingga perjalanan sampai 90 km. 

  • PERNAMATAN QASAR
    • Solat Qasar tamat sebaik sahaja anda masuk ke kawasan perumahan anda.
    • Ada juga pengamal yang mengamalkan sehingga tiba rumah sendiri...... maklumat ini sedang kami mencari kesahihannya... alasan yang diberi boleh di terima akal, hanya kami belum berjumpa nasnya. 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

SOLAT QASAR TIDAK SAH SEKIRANYA:-

              BERIMAMKAN ORANG SOLAT 4 RAKAAT
    • Bagi mereka yang solat Qasar, tidak boleh menjadi makmum kepada orang yang solat 4 waktu. Tetapi anda yang solat Qasar boleh menjadi imam kepada mereka yang solat 4 waktu.

    • Namun orang musafir boleh berimamkan orang bermukim dengan syarat kedua-dua mereka mengerjakan solat penuh. Iaitu 4 sama 4 dll

    • NIAT BERMUKIM 
    • Jika pasti untuk tinggal di sesuatu tempat selama empat hari atau lebih, maka apabila di destinasi berkenaan tidak boleh solat Qasar. Niat musafir telah bertukar menjadi bermukim.

    • Namun dia masih layak untuk solat Qasar semasa perjalanan pergi dan perjalanan balik.

    • SEKEMBALI KE RUMAH SENDIRI
    • Apabila masuk sahaja ke kawasan perumahan atau mukim rumah sendiri, maka solat Qasar tidak dibolehkan lagi.

PERHATIAN:
Solat Qasar...... 


  • 5 jenis solat fardu di buat dalam 5 waktu solat yang biasa......bezanya solat-solat 4 rakaat sahaja di pendekkan kepada 2 rakaat
  • so far alasan membolehkan kita solat Qasar ialah bermusafir yang perjalanannya melebihi 90 km.


Sunday, March 30, 2014

MASBUK DAN MUAFIK


Apabila kita memasukki sesuatu solat berjemaah yang imamnya agak lama telah memulakan solat, kita akan mengikuti imam dengan dua cara iaitu MUAFIK atau MASBUK.

MUAFIK berlaku apabila makmum mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan bacaan surah al-Fatihah bersama-sama imam dengan kelajuan bacaan yang sederhana.

MASBUK pula ialah apabila makmum tidak dapat masa yang cukup untuk menghabiskan bacaan surah al-Fatihah bersama-sama imam dengan kelajuan bacaan yang sederhana.

Biasanya makmum akan masuk berjemaah apabila iman dalam keadaan posisi-posisi berikut:-

(i) di mana imam berada di penghujung bacaan surah al-Fatihah atau imam baru mula membaca surah-surah lazim selepas membaca surah al-Fatihah, atau 


(ii) imam berada di hujung pembacaan surah-surah lazim, atau 


(iii) imam berada dalam posisi rukuk, atau 


(iv) imam berada dalam posisi sujud.

Kalau imam dalam posisi ke (iv) i.e. sujud, maka makmum hendaklah bertakbiratulihram, qiam (berdiri sebentar dalam 2 saat), dan terus sujud mengikuti imam (makmum tidak perlu membaca al-Fatihah atau rukuk). Namun rakaat ini tidak di kira sebagai rakaat lengkap, maka makmum perlu mengganti atau tambah rakaat ini selepas imam memberi salam nanti.


Kalau imam dalam posisi ke (iii) i.e. rukuk, maka makmum hendaklah bertakbiratulihram, qiam, dan terus rukuk bersama imam. Makmum tidak perlu membaca al-Fatihah. Al-Fatihah makmum ditanggung oleh imam. 


Kalau imam dalam posisi ke (ii) i.e. imam sedang membaca penghujung surah lazim, maka makmum hendaklah bertakbiratulihram, qiam dan membaca surah al-Fatihah. Imam sterusnya rukuk, maka makmum hendaklah rukuk bersama imam. Bacaan surah al-Fatihah yang tidak selesai oleh makmum itu akan ditanggung oleh imam. 


Kemasukkan makmun dalam berjemaah pada posisi-posisi (ii), (iii) dan(iv) dianggap sebagai Masbuk.

Makmum yang mendapat  rukuk bersama-sama imam pada posisi ke (ii) dan ke (iii) ini di anggap mendapat rakaat penuh. Tidak perlu penambahan rakaat oleh makmum selepas imam memberi salam.


Sekarang kita bincang posisi (i). Dalam posisi ini, makmum pada kebiasaannya akan dapat membaca surah al-Fatihah sehingga selesai sebelum imam rukuk. Posisi (i) ini dianggap sebagai contoh MUAFIK.


Dalam keadaan Muafik, makmum WAJIB membaca surah al-Fatihah hingga selesai. Hukum dalam solat berjemaah memberi sedikit "kelonggaran" dalam kes Muafik ini.


Makmum boleh teruskan bacaan Fatihahnya sehingga imam di peringkat "BANGKIT dari sujud kedua". Ada akan bertanya bagaimana halnya...kerana imam telah jauh kedepan dengan beberapa rukun seperti rukuk,iktidal,sujud pertama, duduk antara dua sujud, dan sujud kedua...5 rukun kesemuanya.


Di bawah Muafik...kerana keuzuran, makmum dibolehkan tertinggal daripada imam tiga rukun panjang..... rukun panjang ialah rukuk, sujud pertama dan sujud kedua.

Tetapi jika sekiranya makmum masih tidak selesai bacaan surah al-Fatihah sehingga imam tegak berdiri daripada sujud tadi, solat makmum terbatal.

Dalam kes bacaan al-Fatihah yang tidak selesai ini, makmum ada dua pilihan:-


(1)   Makmum berhenti baca Fatihahnya yang tidak selesai itu, cepat-cepat rukuk dan sujud, berdiri tegak bersama-sama imam pada rakaat seterusnya. Dalam kes ini, rakaat berkenaan di anggap TIDAK lengkap (kerana bacaan Fatihah tidak habis) dan makmum perlu menggantikan rakaat baharu selepas imam memberi salam nanti; ATAU


(2) Makmum bertukar niat kepada MUFARAQAH iaitu berpisah dari imam. Dalam kes ini, makmum teruskan bacaan Fatihahnya sehingga selesai, rukuk, sujud dan seterusnya. Ingat: apabila mufaraqah, seseorang itu tidak menjadi makmum lagi...sudah bercerai dari imam.



Sebagai rumusan dari segi hukum bahawa :-


(a) jika makmum tertinggal SATU rukun fe'li (perbuatan) yang panjang daripada imam TANPA keuzuran, maka solat makmum TIDAK batal


(b) jika makmum tertinggal DUA rukun fe'li yang panjang daripada imam TANPA keuzuran, maka solat makmum BATAL;


(c) Sebaliknya DENGAN KEUZURAN, makmum masih sah solatnya jika tertinggal  TIGA rukun fe'li yang panjang daripada imam. Di antara faktor keuzuran ialah seperti makmum lambat membaca surah al-Fatihah sedangkan imam cepat membacanya.


Di antara rukun fe'li yang panjang ialah rukuk dan setiap sujud. Duduk di antara dua sujud tidak dianggap sebagai rukun panjang.


Dalam ke (c) di atas di anggap sebagai MUAFIK i.e. makmum di anggap mempunyai masa yang cukup untuk bacaan surah al-Fatihah.  


Jika ada apa-apa keterangan di atas kurang jelas, kami memohon maaf.
JENIS KENTUT BATAL WUDUK 


Pada amnya kentut ada dua jenis iaitu (1) yang meletup di dalam, dan (2) yang meletup di luar.

Kentut meletup di dalam bontut, ia tidak kedengaran bunyinya dan pasti tidak berbau. Kita rasa meletup macam "pup". Kentut sebegini tidak membatalkan wuduk.

Kentut meletup di luar adalah terasa anginnya terkeluar dari lubang bontut, bunyinya kadang kala kedengaran dan ada masa macam silencer senyap berbisa, berbau hanget dan kadang kala tidak berbau pun. Kentut sebegini membatalkan wuduk.

Biasanya apabila kita bergerak-gerak atau baring, ia membuatkan segala angin dalam badan bergerak juga. Angin ini akan berkumpul dan akan mencari ruang untuk melepas. Pada satu hari purata seseorang akan kentut sebanyak 14 kali.

Jadi apabila kita bebaring atau pun membuat pergerakan perut, biasanya angin kentut ini akan padat mencari jalan melepas keluar. Tetapi jika kita duduk dengan punggung rapat rata di lantai, angin kentut ini sukar atau mustahil boleh melepaskan diri. Ianya akan berada dalam badan menanti masa terluang di lain masa.

Kentut semasa baring lebih senang berlaku berbanding jika kita duduk. Jika kita tidur duduk, untuk angin keluar dari badan almost impossible. Cuma di sini ada ulamak menyatakan tidur duduk bersandar di tiang atau dinding terbatal wuduk. Tetapi ada juga ulamak yang tidak setuju dengan pandangan ini.


KENTUT DALAM TIDUR BATAL WUDUK

Apa beza di antara mengantuk, terlelap dan tidur?

Mengantuk berlaku apabila fungsi indera seseorang berkurangan, di mana dia mendengar perkataan orang disekitarnya namun tidak mengikuti sepenuhnya makna ayat-ayat berkenaan, maka keadaan seperti ini dinamakan mengantuk. 


Perasaan mengantuk menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan seseorang itu tersengguk-sengguk kepalanya ke depan atau ke belakang, kelakuan ini di anggap sebagai terlelap.

Tidur pula berlaku apabila ianya melepasi paras mengantuk/terlelap, seseorang itu berasa sangat selesa (kadangkala dengan mulut ternganga serta muziknya boleh kedengaran) melamun di alam mimpi. Tidur yang nyenyak sehingga seseorang itu tidak terganggu oleh bunyi bising di sekelilingnya, tidak terasa sesuatu jika sesuatu jatuh dari tangannya atau jika ada air liur keluar dari mulutnya.

Mengantuk dan terlelap tidak perlu mengulangi pengambilan wuduk. Ini berasakan kepada hadis berikut: 


Daripada Anas, dia berkata: Suatu ketika para sahabat Rasullah menunggu solat Isyak sehingga TERSENGGUK-SENGGUK kepala mereka kerana Nabi melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bangun tanpa memperbaharui wuduk.


Ada satu lagi hadis yang menyokong tersengguk-sengguk tidak perlu memperbaharui wuduk. Iaitu daripada Ibnu ‘Abbas, dia berkata: Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri Nabi). Rasulullah bangun untuk menunaikan solat malam. Lalu aku bangun berdiri di sebelah kirinya. Kemudian baginda menarik tanganku hingga menjadikan aku berada di sebelah kanannya. Setiap kali kepalaku TERSENGGUK KERANA MENGANTUK, baginda akan menarik telingaku. Dia (‘Ibnu ‘Abbas) berkata: Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat. (‘Ibnu ‘Abbas tidak memperbaharui wuduknya).


Namun ada satu dalil bagi wajibkannya berwuduk apabila tidur. Ini adalah berdasarkan hadis Shofwan bin Ghassal, dia berkata: Rasulullah memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka kasut selama tiga hari hingga malam kecuali bila junub, tetapi agar membukanya apabila buang air besar atau kecil dan jika tidur.


Hadis ini membuktikan bahawa Rasulullah mengkategorikan tidur bersama-sama dengan buang air besar atau kecil yang turut membatalkan wuduk.

Ada banyak pandangan mengenai tidur ini. Di antaranya ialah:-


(1) Tidur sama sekali tidak membatalkan wuduk. Pendapat ini dipegang oleh sekelompok sahabat seperti Ibnu ‘Umar, Abu Musa al-Asy’ari dan Sa’id bin Musayyab. 

(2) Tidur samada sekejap mahupun lama secara mutlak membatalkan wuduk. Ini merupakan pandangan Abu Hurairah, Abu Rafi’, ‘Urwah bin Zubair, Atha’, al-Hassan al-Bashri, Ibnul al-Musayyib, Zuhri, al-Muzani, Ibnu Hazm, Abu Ubaid dan Ishaq bin Rahawaih.

Pendapat (3) Hanya tidur yang lama membatalkan wuduk. Ini merupakan pendapat Imam Malik. 


Dan (4) tidur yang hanya membatalkan wuduk adalah tidur ketika dalam posisi baring atau bersandar kepada sesuatu. Tidur dalam posisi lain seperti duduk, rukuk, sujud atau berdiri maka wuduknya tidak batal baik dia tidur di luar solat atau ketika bersolat. Ini merupakan pandangan Hamad, Sufyan al-Thawri, Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Imam Daud dan Imam al-Syafi’i.

Ke (5) Tidur ketika berada dalam solat sama sekali tidak membatalkan wuduk. Tidur di luar solat membatalkan wuduk. Pendapat ini juga dikatakan pendapat Imam Abu Hanifah.

Pandangan (6) pabila seseorang itu tidur di dalam keadaan punggungnya rata kepada lantai maka ianya tidak membatalkan solat baik tidurnya itu ketika dalam solat mahupun di luar solat atau tidur yang lama mahupun seketika sahaja. Ini merupakan pandangan mazhab Imam al-Syafi’i.


Wallahu A’lam.


Friday, March 28, 2014

SYARAT MENJADI MAKMUM
  • MAKMUM BERNIAT MENGIKUT IMAM
    • Jika niat makmum serentak dengan Imam: Solat makmum tak sah
    • Niat makmum mestilah selepas takbiratulihram imam.
  • SOLAT MAKMUM SEJAJAR DENGAN SOLAT IMAM
    • BOLEH: Sekiranya imam solat sunat, makmum solat fardu.

    • TIDAK BOLEH: Sekiranya imam solat sunat gerhana, makmum solat fardu oleh sebab solat gerhana disertai dengan khutbah. 
  • MAKMUM MENGIKUT PERBUATAN IMAM
    • Takbiratulihram Makmum Dengan Imam Serentak:  >solat makmum tidak sah

    • Rukuk atau Sujud Makmum/Imam Serentak:  >solat makmum sah tapi tidak dapat fadilat berjemaah

    • Satu Rukun Fe'li Makmum Mendahului Imam:       >makmum rukuk lebih awal daripada imam...... makmum tak bangkit tugu hingga imam rukuk.... makmum bangkit berdiri SELEPAS imam bangkit.... makmum sah solatnya, 

    • Dua Rukun Fe'li Makmum Dahului Imam Dengan Sengaja:
    • >makmum rukuk lebih awal daripada imam ..... makmum tak bangkit tugu imam rukuk...... makmum bangkit berdiri SEBELUM imam bangkit.... makmum batal solatnya

    • Dua Rukun Fe'li Dahului Imam Dgn TIDAK Sengaja:
    • >solat makmum sah tetapi rakaat berkenaan tidak di kira sebagai satu rakaat lengkap, maka makmum perlu tambah satu rakaat lagi selepas imam memberi salam.

Ada beberapa peraturan hubungan makmum dengan imam yang akan di bicara di hari muka, InsyaAllah.

KEUTAMAAN MENJADI IMAM

Pilihan mengikut keutamaan :

  • Mereka yang lebih baik bacaan dan banyak hafiz surah-surah al-Quran, atau
  • Mereka yang banyak mengamalkan sunnah..... pengetahuan mengenai hadis terbaik, atau
  • Mempunyai budiperkerti yang baik menurut Islam, atau
  • Mereka yang tertua umurnya.

Thursday, March 27, 2014

SUJUD SAHWI

Sujud Sahwi dilakukan kerana ada kecacatan yang terjadi semasa solat dengan sengaja atau lupa.

Hukumnya sunat dan perlu sujud dua kali sebelum salam.


Sebab kena Sujud Sahwi ialah:

  • meninggalkan bacaan doa qunut pada solat Subuh dan solat Tarawih bermula 15 Ramadhan hingga akhir bulan,
  • tidak sengaja melafaskan salam bukan di tempatnya,
  • tidak sengaja membaca surah pendek pada rukuk dan sujud,
  • meninggal bacaan tahiyat awal,
  • ragu-ragu bilangan rakaat solat,
  • tidak sengaja menambah rakaat solat,
  • tidak sengaja menambah rukun solat seperti rukuk dan sujud,
  • berhenti terlalu lama semasa iktidal.


SOLAT BATAL jika :


  • BERCAKAP.....satu huruf yang difahami.... atau 2 huruf walaupun tidak difahami.......e.g. menangis, ketawa, suara kesakitan yang mengeluarkan suara boleh membatalkan solat........ kecuali menangis di sebabkan penghayatan bacaan dalam solat.
  • MENAMBAH ATAU MENGURANGKAN RUKUN SOLAT.....ingat rukun solat ada 13 dan perlu dilakukan secara tertib.....
  • MAKAN & MINUM .......... kecuali jika termakan tetapi saiz yang sangat kecil....disebut sebesar biji-bijian
  • PERGERAKAN YANG BANYAK...... pergerakan yang bukan perbuatan solat jika melebihi 3 pergerakan besar berturut-turut akan terbatal solat..... spt berjalan lebih 3 langkah berturut-turut untuk merapatkan saf.
  • BATAL WUDUK......... sila rujuk artikel dalam blog ini.
  • TERBUKA AURAT DENGAN SENGAJA..... tidak sengaja dan tidak batal jika kain tertiup angin dan perlu tutup dengan segera....... namun jika kain di buka oleh kanak-kanak kecil seupamanya, maka ianya batal
  • BERPALING DARI ARAH KIBLAT..... yang hendak mengadap arah kiblat ialah dada kita
  • MENGUBAH NIAT........ ubah niat daripada fardu ke sunat dan sebagainya
  • NAJIS PADA BADAN DAN PAKAIAN...... jika najis kering, buang tapi perlu berlapik dengan tisu dan sebagainya...... jangan dengan tangan atau pakaian solat
  • TERANGKAT KELONGGARAN........ e.g. pada awal solat kaki kita sakit dan terpaksa solat duduk......... pada pertengahan solat terasa sakit itu telah sembuh, maka hendaklah solat sepertimana orang mampu berdiri..... tidak boleh seperti orang solat duduk. Jika kita teruskan solat duduk, maka solat kita terbatal.
Ada banyak lagi perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.  Senarai di atas adalah yang "common".
RUKUN SOLAT

Mengikut mazhab Syafi'i rukun solat ada 13:-

1: NIAT / 2: QIAM / 3: TAKBIRATULIHRAM


Sebelum niat pastikan dengan yakin telah masuk waktu solat dan yakin dada mengadap ke arah kiblat.

Niat ialah lintasan dalam hati.....bukan lafaz di mulut......"Aku solat fardu Subuh kerana Allah"....... niat semasa Takbiratulihram.

Sebenarnya semasa mula solat .......... ketiga-tiga rukun ini......niat, takbiratulihram dan qiam...... di buat dalam masa yang sama

Qiam ialah berdiri tegak dengan betul.

Lafaz takbiratulihram "Allahuakbar" wajib dalam bahasa Arab....tidak boleh dalam bahasa lain.

4: MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Bacaan ini tidak boleh di buat di dalam hati sahaja....ia wajib berbunyinya kuat sedikit agar boleh di dengari oleh telinga kita sendiri. 

Mengikut mazhab Syafi'i, bacaan surah al-Fatihah wajib pada setiap rakaat. 

5: Rukuk
Semasa rukuk mesti berhenti sebentar (tamakninah)..... bertasbih dan bukan baca surah......

6: IKTIDAL

Bangkit daripada rukuk sehingga berdiri tegak sebentar.... mesti ada tamakninah. Ramai di antara kita yang kurang perihatin dalam tamakninah ini..... awas..... solat mungkin terbatal di sebabkan tamakninah ini...


7: SUJUD

Pastikan tujuh anggota jijak tikar sembahyang.....dahi/2 tapak tangan/2 lutut/ 2  kaki dengan jari kaki terlipat mencecah tikar.

8: DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Pastikan ada tamakninah semasa duduk antara dua sujud ini pada tahiyat  akhir.


Perhatian: Duduk pada tahiyat awal bukan rukun solat...... jika terlupa membaca tahiyat awal, ianya tidak mencacatkan solat..... namun sunat membuat sujud sahwi sebelum memberi salam.


9: DUDUK TAHIYAT AKHIR /10: MEMBACA TAHIYAT AKHIR/ 11: MEMBACA SELAWAT KEATAS NABI

Ketiga-tiga rukun ini di buat dalam satu proses... iaitu duduk.... baca tahiyat akhir..... bersambung dengan selawat ke atas Nabi.

Semua bacaan hendaklah dengan makraj yang betul dan di dengari oleh telinga sendiri.

Tahiyat Akhir: "Attahiyyatul"...... hingga ......  "Wa asy hadu'an namuhammadur rasulullah"

Selawat keatas Nabi: "Allahum masali 'ala muhammad, wa'alaa ali muhammad".

12: SALAM PERTAMA

Salam: "Assalamua'laikum warahmatullah" 

Sunat semasa memberi salam kita toleh ke kanan.

13: TERTIB

Segala rukun perlu dilaksanakan sepertimana urutan di atas...yang dahulu didahulukan.

TERTINGGAL SOLAT 

Tertinggal Kerana Ingkar Dan Tidak Percaya:


Bagi mereka yang tidak solat fardu kerana tidak percaya perlunya solat dalam agama Islam, maka hukum dianya murtad menjadi kafir...terkeluar daripada Islam.

Namun, mereka masih berpeluang untuk bertaubat dan kembali kepada Islam.

Tertinggal Kerana Malas Atau Sibuk:

Mereka ini tahu bahasa solat ini wajib, akan tetapi malas atau terlalu sibuk sehingga solat tidak ditunaikan.

Mereka di hukum fasik oleh mazhab Syafi'i dan Maliki ...iaitu berdosa besar....tetapi tidak menjadi kafir. Pengikut mazhab Syafi'i terdapat di Malaysia, Indonesia dan Mesir........ mazhab Maliki banyak terdapat di Afrika.

Namun mengikut mazhab Hanbali.....pengikut kebanyakkannya di Saudi dan negara-negara Arab..... mereka ini menjadi kafir.

Tertinggal Kerana Tertidur Atau Terlupa:

Mereka ini tidak berdosa tetapi kena qada..... ada pendapat mengatakan qada tersebut boleh di buat serta merta apabila sahaja terjaga dari tidur atau teringat kembali yang dianya belum solat.

Mereka Yang Tidak Wajib Solat

Mengikut mazhab Syafi'i...... mereka yang buta dan pekak sejak lahir tidak wajib solat.

TAYAMMUM


Ramai di antara kita menyifatkan perkara tayammum ini tidak akan berlaku pada diri sendiri. Anggapan ini tidak begitu tepat!

Apa itu tayammum
Ianya satu perbuatan yang menggunakan debu tanah bagi menggantikan air sebagai wuduk untuk kita bersolat atau mandi hadas besar.

Bila kita perlu bertayammum? Di antara sebabnya ialah:-
  • yakin tiada air langsung setelah mencari,

  • ada air tetapi cukup sekadar minum untuk diri dan keluarga serta binatang ternakan,

  •  ada air tetapi untuk mendapatkannya terlalu jauh,

  • ada air tetapi harganya terlalu mahal,

  • ada air tetapi penyakit atau luka yang dialami tidak boleh kena air.... penyakit akan menjadi bertambah teruk atau akan melewatkan sembuh,

  • takut binatang buas atau ada musuh sekiranya kita pergi  ke tempat air berkenaan eg perigi atau paip di luar rumah.
Syarat-syarat membolehkan kita bertayammum:-
  • mencari air sehingga masuk waktu solat berkaitan,

  • menghilangkan najis di badan,

  • mengetahui arah kiblat 

  • menggunakan debu tanah yang suci....sekarang ini boleh beli debu suci ini dengan harga sekitar RM15 sebotol 100 gram debu, membolehkan 50 kali solat fardu.
Rukun Tayammum:
  • Niat....saya bertayammum untuk mengharuskan solat semata-mata kerana Allah....berniat semasa menyapu muka,

  • Menyapu debu di muka

  • (Menggunakan tebu baru) ...menyapu tangan hingga ke siku,

  • Tertib
Satu tayammum hanya untuk satu solat fardu sahaja, tetapi solat sunat boleh lebih dari satu.

Perkara Yang Membatalkan Tayammum
  • Semua perkara yang membatalkan wuduk dengan air

  • Murtad

  • Jika bertemu air, tetapi belum solat lagi, maka tayammum itu terbatal.....perlu ambil wuduk dengan air,

  • Hilang keuzuran.......sebelum ini sakit tidak boleh kena air, tetapi kemudian telah sembuh atau terkena air tidak memudaratkan.

Wednesday, March 26, 2014

WUDUK BATAL

Batal wuduk di sebabkan:-

  • keluar sesuatu benda dari qubul (kemaluan depan) dan dubur (kemaluan belakang),
  • hilang akal di sebabkan mabuk, pitam, gila dan sakit,
  • tidur yang tidak tetap punggung papan... ini termasuk tidur baring, menyiarap, bersandar di dinding/tiang,
  • bersentuhan anggota badan tanpa berlapik di antara lelaki dan perempuan yang halal bernikah, dan
  • menyentuh kamaluan sendiri dengan muka tapak tangan.  

Keluar air mani tidak membatalkan wuduk, tetapi perlu mandi hadas besar.

Mengenai apa yang di anggap "kentut"....sila rujuk artikel dalam bolg ini beberapa tahun yang lalu. Ada diperincikan mengenai kentut yang batal dan angin yang seakan-akan macam kentut tetapi bukan.

Tidur yang tidak membatalkan wuduk ialah tidur duduk tanpa ada apa-apa sandaran.....stand-alone. Di fahami jika kita tidur berposisi sebegini, lubang buntut kita akan tertutup dan sukar untuk angin keluar.

Perkara sentuhan kulit sesama kulit yang berlainan gender, hanya Mazhab Syafi'i sahaja yang agak keras iaitu batal. Namun mazhab Maliki (penduduk Afrika) dan mazhab Hanbali (penduduk Saudi) berpendapat sentuhan yang berunsur syahawat sahaja yang batal. Dan mazhab Hanafi (penduduk India) pula jika syahawat yang melampau sahaja yang batal.

HUKUM & CARA BERWUDUK :                                    

Hukum berwuduk ada 2 :-


1) Wajib berwuduk jika hendak mendirikan solat, memenggang al-Quran, tawaf Kaabah di Makkah dan khatib (imam) semasa membaca khutbah solat Jumaat.

2) Sunat berwuduk ada banyak dan di antaranya ialah sekiranya membaca ayat-ayat al-Quran, sebelum tidur, selepas memandikan mayat, sebelum mandi hadas besar dll

Rukun Wuduk ada 6:-
1) Niat....."Aku berwuduk kerana Allah"...niat ini hendaklah dilakukan serentak dengan membasuh muka,

2) Membasuh muka....kawasan muka ialah dari tempat pangkal tumbuh rambut di atas kepala hingga ke tempat hujung tumbuh janggut di dagu dan dari cuping telinga kanan ke cuping telinga kiri,

3) Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku,

4) Menyapu kepala.....membasahi rambut di pangkal atas depan kepala..... dapat basahkan satu helai pun cukup mengikut mazhab Syafi'i,

5) Membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali, dan

6) Tertib...... wajib ikut urutan di atas iaitu di mulakan dengan niat hingga basuh kaki.