Saturday, April 5, 2014

POSISI MAKMUM DENGAN IMAM


Makmum di larang berposisi depan imam.

Solat Berdiri :
Tumit makmum hendaklah TIDAK sebaris atau ke depan dengan tumit imam.

Tumit makmum sesama makmum hendaklah sama lurus bagi setiap saf.



Solat Duduk :
Pengukurannya ialah papan punggung bagi menggantikan tumit.Caranya sama seperti peraturan tumit di atas.


Solat Baring :
Pengukurnya ialah rusuk. Namun ini jarang atau tidak pernah di lihat berlaku di mana imam dan makmum sama-sama baring semasa solat.


Solat Terlentang :
Pengukurnya ialah kepala. Ini pun belum pernah di lihat berlaku.

Maklumat solat baring dan terlentang secara berjemaah ini sebagai ilmu, mana tahu kalau terjadi!





1 comment: