Thursday, August 18, 2011

BACAAN DALAM RUKUK DAN SUJUD

TEGUH: Semasa rukuk adalah di galakkan membaca tasbih, dan jika dalam sujud pula bacaan tasbih dan doa.

AKHTAR: Ada ulama berpendapat bahawa di larang samasekali membaca ayat-ayat al-Quran dalam rukuk dan sujud.

MULIA: Pendapat lain pula menyatakan bahawa sekiranya dalam rukuk dan sujud di baca juga ayat al-Quran selain daripada al-Fatihah, maka hukumnya makruh dan tidak membatalkan solat.

FAEZ: Tetapi jika dia membaca al-Fatihan semasa rukuk dan sujud, maka ada dua pendapat.

TEGUH: Pendapat pertama, hukumnya makruh dan tidak membatalkan solat. Ini bermaksud hukum ini terpakai kepada kesemua ayat-ayat al-Quran yang di baca semasa rukuk dan sujud.

AKHTAR: Pendapat kedua pula menyatakan bahawa membaca al-Fatihah dengan sengaja semasa rukuk dan sujud hukumnya haram dam membatalkan solat.

MULIA: Tetapi jika dengan tidak sengaja atau lupa, kitab ini menyatakan “jika kerana lupa, maka tidak menjadi makruh”. Saya tidak berapa faham maksud ayat ini. Maaf ya!

FAEZ: Sebagai kesimpulan ringkas, kita janganlah membaca apa-apa ayat al-Quran semasa rukuk dan sujud. Bacalah tasbih yang telah di ajar kepada kita itu.

No comments:

Post a Comment