FAEZ: Apabila kita bersolat masbuq iaitu masuk jemaah lambat setelah makmum lain sedang bersolat, maka janganlah kita terburu-buru lari menyertai jemaah itu. Kita perlu berjalan dengan tenang.
AKHTAR: Katakan imam berada pada peringkat sujud, ramai di antara kita apabila hendak masbuq tunggu berdiri (belum niat solat lagi) menanti sehingga imam berdiri tegak pada rakaat berikutnya. Ini silap, kita kena terus masbuq pada mana–mana peringkat imam berada.
MULIA: Dalam kes ini, kita terus berniat serta mengangkat takbiratul ihram semasa kita berdiri, dan terus sujud mengikuti imam. Walau bagaimanapun rakaat tersebut tidak boleh di kira sebagai satu rakaat.
FAEZ: Kita boleh menganggap sesuatu rakaat itu sebagai satu rakaat lengkap, sekiranya kita dapat menyertai jemaah pada peringkat paling kurang pada posisi rukuk.
MULIA: Kita perlu berhati-hati apabila hendak terus menyambung melengkapkan rakaat yang tertinggal setelah imam memberi salam mengakhiri solatnya.
TEGUH: Ada di antara kita bangkit berdiri untuk menyambung solat berkenaan sebelum imam memberi salam atau pada imam baharu mula hendak memberi salam. Ini semua perbuatan silap dan boleh mencacatkan solat kita.
AKHTAR: Adalah sebaik-baiknya kita bangkit berdiri untuk menyambung rakaat yang tertinggal pada peringkat imam memberi salam yang kedua.
No comments:
Post a Comment