Sunday, August 21, 2011

BERDOA SESUDAH MEMBERI SALAM

FAEZ: Saya hanya mahu mengatakan bahawa berdoa sesudah memberi salam di bolehkan di Malaysia. Perbuatan ini dianggap baik oleh orang yang melihat perkara ini sebagai perkara yang baik. Kalau kita bertanya mereka akan menyoal  kepada kita apa salahnya mereka berdoa?

MULIA: Tetapi tidak pernah kita jumpa imam di Mekah atau Madinah berdoa pada masa sebegini. Pada zahirnya, mereka berdoa pada masa bacaan qunut pada solat sunat Terawih. Qunut di baca pada malam pertama lagi sehingga akhir bulan Ramadan, dan bacaannya panjang hingga ada masanya sampai lima belas minit. Mereka tidak amalkan bacaan qunut pada solat subuh.

AKHTAR: Apa yang di galakkan oleh Rasulullah saw ialah kita baca tasbih dan doa semasa sujud. Ramai di antara kita tidak membaca doa ketika sujud.

MULIA: Bagi kita yang tidak tahu berbahasa Arab atau al-Quran, boleh berdoa di dalam hati. Jangan di zahir secara bersuara kerana boleh terbatal solat nanti.

TEGUH: Saat paling dekat antara hamba dengan Allah adalah pada kedudukan sujud. Bermunajat kepadaNya semasa kita masih dalam solat.

FAEZ: Jika kita telah memberi salam, maka munajat tersebut akan terputus dan keadaan di depan Allah serta berada hampir denganNya secara khusus akan lenyap.

MULIA: Berwirid selepas salam di galakan oleh Rasulullah saw tetapi berdoa agak sepi.

AKHTAR: Jika kita menurut perbuatan dalam solat kerana sudah menjadi kebiasaan orang tua-tua dahulu tanpa ada isnad yang sahih mahupun hasan, maka ciri-ciri agama Islam akan berubah kepada .............

TEGUH: Kita sepatutnya mendekati diri kepada Allah dengan apa yang disyariatkanNya dan yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

MULIA: Kita belum terlambat lagi.

No comments:

Post a Comment