Monday, August 22, 2011

SOLAT LIMA PULUH WAKTU

TEGUH: Ada rakan yang bertanya mengapa Allah itu yang Maha Mengetahui akan apa jua perkara dari awal hingga akhir menyuruh Rasulullah bersolat lima puluh waktu. Pada hal Allah akan menetapkan pada akhirnya menjadi lima waktu sahaja. Kenapa tidak terus arah lima waktu solat dari awal lagi?

FAEZ: Sebenarnya apa jua suruhan yang datangnya daripada Allah sudah pasti akan membawa kesejahteraan kepada sesiapa sahaja yang mematuhinya. Allah tidak membuat kerja yang membuang masa dan juga yang menzalimi sesiapa. Begitu juga dengan suruhan solat lima puluh waktu.

MULIA: Banyak yang kita boleh mengambil pelajaran daripada suruhan ini. Sebelum ini mari kita tengok sebahagian daripada nama-nama Allah dalam Asmaul Husna yang jumlahnya sebanyak sembilan puluh sembilan nama itu. Di antara nama-nama ini boleh kita kaitkan kepada isu suruhan solat lima puluh waktu ini.

AKHTAR: Di antaranya ialah “ar-Rahman = Yang Maha Pemurah; ar-Rahim = Yang Maha Pengasih; al-Malik = Maha Raja; al-Muhaimin = Yang Maha Memlihara; al-Ghaffaar = Yang Maha Pengampun; al-‘Aliim = Yang Maha Mengetahui; al-Baasith = Yang Maha Melapangankan; as-Samii’ = Yang Maha Mendengar; al-Mujiib = Yang Maha Mengabulkan; dan ash-Shabuur = Yang Maha Sabar.

FAEZ: Apa pelajaran yang kita boleh ambil? Di antaranya ialah bahawa Allah memang suka kita meminta-minta daripadaNya....buka sekali minta, tetapi berulang-ulang kali...pasti Allah akan menunaikannya...dalam bentuk yang terbaik bagi kita...tidak semestinya seperti bentuk yang kita minta itu, tetapi InsyAllah memang yang terbaik bagi kita. Hanya kita yang tidak mengerti kerana kurang ilmu.

TEGUH: Yalah, Rasulullah memohon agar solat di turunkan kepada empat puluh lima waktu, lepas itu memohon lagi kepada Allah agar di turunkan kepada empat puluh. Begitulah seterusnya sehingga menjadi lima waktu sahaja. Memohon berulang kali.

MULIA: Katakanlah kita bercita-cita hendak menjadi saudagar Muslim tersohor di peringkat antarabangsa. Pada permulaan kita berdoa minta agar kita berjaya berniaga di daerah kita sendiri. Selepas berjaya di daerah itu, berdoa untuk negeri, kemudian negara, peringkat Asia.....akhirnya antarabangsa. Maksudnya berdoa bukan sekali....berulang kali pada jangkamasa panjang. Jangan jemu berdoa.

FAEZ: Dalam apa jua urusan kita dengan Allah, kita mesti ada sifat malu atau segan (bukan malas ya) dengan Allah. Permintaan kita mestilah realistik, .....jangan minta hendak jadi superman yang boleh terbang itu...Allah boleh jadikan tetapi biarlah berpada-pada....kita perlu ada sifat malu dengan Allah bahawa yang di minta adalah yang sesuai untuk diri kita.

AKHTAR: Yalah, Rasulullah apabila sampai kepada tahap lima waktu solat, Rasulullah merasa malu kepada Allah hendak minta diturunkan lagi. Rasulullah sangat realistik bahawa umatnya yang beriman mampu bersolat lima waktu ini.

TEGUH: Marilah kita berdoa kepada Allah di dalam solat kita, iaitu di setiap akhir sujud. Insyallah, doa kita akan di makbulkan.

FAEZ: Allah pernah berfirma dengan maksud “berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenaankan”.

No comments:

Post a Comment