Saturday, December 10, 2011

AMALAN SUNAT

BERSEDEKAH

IMAN NAJAH: Kita di galakan supaya melakukan seberapa banyak sunat yang boleh. Perbuatan sunat ini nampak macam remeh sahaja, tidak mendatangkan banyak pahala kepada kita.

TEGUH: Tetapi cubalah melakukannya, insyAllah kita akan dapat merasakan perubahan kepada diri kita. Perubahan yang berbeza bagi setiap orang. Lakukan terus menerus selama 40 hari. InsyAllah.

AKHTAR: Perubahan dalam berbagai bentuk, seperti (1) lebih tenang (2) penambahan ilmu (3) peningkatan rezeki (4) kesihatan yang lebih baik dan berbagai lagi. Hanya kita sahaja yang tahu.

MULIA: Buat permulaan ini kita buat perkara bersedekah. Hendaklah kita bersedekah tiap-tiap hari. Ia tidak banyak mana......RM5 sebulan sudah cukup buat permulaan.

FAEZ: Bagi mereka yang pergi bersolat di masjid, pastikan kita bersedekah RM0.10 pada setiap hari dengan masukkan ke dalam tabung masjid berkenaan. Paling baik kita memulakan dengan solat subuh berjemaah setiap hari.

IMAN NAJAH: Bagi wanita yang jarang ke masjid pula, sediakan tabung di pejabat. Masukkan RM 0.10 setiap hari dan apabila sudah penuh, minta rakan masukkan kedalam tabung masjid atau rumah anak yatim dll.

FAEZ: Allah tidak melihat berapa banyak kita menderma tetapi berapa kerap kita melakukannya denga hati yang ikhlas.

MULIA: Cubalah dan kami memang yakin dengan pemberian sedekah ini akan mendatangkan kebaikkan pada diri kita sendiri.

No comments:

Post a Comment