Wednesday, December 30, 2015

KEJADIAN ALAM 

Saintis menyatakan bahawa alam (universe) ini telah terjadi kira-kira 14 atau 15 billion tahun yang lalu, dan umur dunia (earth) pula lebih kurang 4.5 billion tahun. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Surah 41 Fussilat ayat 9 -12 bermaksud ...... 

"Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa,....... Ia menjadikan di bumi gunung-gunung yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya,.........Ia menetukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, ........ (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. 

Kemudian Ia menujukan kehendakNya kearah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap;...... Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa;.... 

Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bntang yang bersinar cemerlang..... Demikianlah keterangan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”.

Pada surah 41 Fussilat menyatakan 8 masa, bukannya 6 masa. 

Nampak macam ada percanggahan dengan ayat-ayat lain yang mengatakan dengan jelas 6 masa iaitu pada surah 7 al-Araaf ayat 54, surah 10 Yunus ayat 3, surah 11 Hud ayat 7 dan surah 25 al-Furqan ayat 59.

Perjelasan oleh Imam Ibn Kathir bahawa Allah mencipta bumi dan apa yang terdapat di atasnya dalam 4 masa dan Allah mencipta lagit dalam 2 masa. Penciptaan bumi dan kejadian gunung-gunung dll adalah 2 proses berlaku serentak. Wallahua’lam.

Surah 21 al-Anbiyaa’ ayat 30 Allah berfirman mengenai langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah bercantum dan kemudian dipisahkan antara keduanya.

Ayat 31 mengenai kejadian gunung untuk memantapkan dunia; dan ayat 32 berkaitan kejadian langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal.

Dr Danial menyusun kronologi kejadian alam mengikut 6 fasa. Fasa pertama di kenali Ledakan dan Pengembangan. Ledakan Big Bang yang terjadi lebih kurang 14 billion atau 15 bilion tahun dahulu. 

Alam ketika itu berumur hanya 10 millionths of a second old, di mana proses pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi mencecah 10 kuasa 27 darjah Celsius atau 1 trillion degrees. 

Alam ini pada peringkat awal mengembang pada kadar 10 kuasa 50 daripada saiznya yang asal dan selepas itu proses pengembangan menjadi perlahan sedikit berbanding sebelumnya. 

NASA pada tahun 1996 melapurkan alam mengembang pada kelajuan 57 hingga 80 km sesaat semegapersaat (km/sec/Mpc). Walau bagaimanapun kajian menunjukkan semakin jauh sesebuah galaksi itu daripada bumi, semakin laju proses pengembangannya. 

Dalam proses pengembangan ini, angkasa dipenuhi elektron dan quarks.

Fasa kedua di panggil Penyejukan dan Kelahiran Nukleus. Pasa ini berlaku semasa umur alam lebih kurang 2 minit sahaja. 

Suhu yang sebelumnya berada pada tahap yang tinggi, iaitu 10 kuasa 27 darjah Celsius turun ke paras 10 kuasa 8 darjah Celsius. 

Keadaan ini memungkinkan quarks bercantum sesama sendiri dan bertukar menjadi proton dan neutron. Percantuman proton dan neutron melahirkan nuklesus dan proses kelahiran nuklesus ini menjadi asas kepada kelahiran deuterium (heavy hydrogen), yang kemudiannya melalui beberapa reaksi menukar deuterium kepada helium. 

Tetapi atom berat tidak boleh diperolehi oleh sebab ketiadaan nuklesus yang stable with atomic weights of 5 or 8. Oleh kerana atom belum wujud lagi di peringkat ini, kosmo berada dalam keadaan gelap gelita.

Fasa ketiga mengenai Kelahiran Atom. Fasa ini memakan masa lebih kurang 300,000 tahun. Di peringkat ini elektron bercantum dengan proton serta neutron dan dengan itu lahir atom-atom seperti hydrogen dan helium. 

Kelahiran atom-atom ini menjadi titik permulaan kepada kelahiran chaya di kosmos. Suhu pada masa itu mencecah lebih kurang 10,000 darjah Celsius atau 10 kuasa 4 darjah Celsius.

Fasa keempat iaitu Asap dan Kelahiran Galaksi serta Bintang. Fasa ini bermula 300,000 hingga 1 billion tahun selepas Big Bang, atau 14 billion tahun yang lalu. 

Dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa, iaitu hydrogen (80%) dan helium (20%). Pada peringkat ini tarikan graviti menyebabkan gas-gas hydrogen dan helium yang bersuhu tinggi ini bercantum sehingga melahirkan gumpulan-gumpulan asap raksasa, seterusnya asap ini lahir galaksi seperti bintang-bintang. 

Sebahagian daripada bintang-bintang ini meletup sekali gus melahirkan oksigen. Oksigen bercantum dengan hydrogen dan melahirkan molekul yang stabil yang bernama air. Air memenuhi angkasa raya dan kawasan ini dikenali sebagai interstellar clouds.

Fasa kelima iaitu Percantuman Galaksi, Kelahiran Black Hole, Supernovae dan Matahari. Fasa ini memakan masa daripada 1 billion hingga 9 billion tahun selepas ledakan Big Bang, atau 6 billion tahun yang lalu. 

Pada peringkat awal galaksi-galaksi bercantum antara satu sama lain sehingga menyebabkan kemusnahan sebahagian bintang. Bintang-bintang yang hancur bersama gas yang terhasil daripadanya, terhumban ke suatu pusat yang di kenali sebagai Black Hole. 

Lubang ini terlalu padat (very dense), tanpa ada isi padu (with no volume), tarikan graviti yang terlalu kuat, dan apa sahaja yang memasukinya, contoh cahaya, tidak mampu keluar daripadanya. 

Gas-gas yang disedut oleh Black Hole ini berada di tahap suhu yang tinggi sehingga mengeluarkan cahaya terang benderang yang pada hari ini dikenali sebagai quasars.

Proses kehancuran bintang-bintang yang pesat ini melahirkan ledakan yang dikenali sebagai Supernovae. Lendakan ini mengeluarkan elemen-elemen seperti oksigen, karbon, nitrogen, kalsium dan iron ke angkasa raya. 

Now you know that the iron in your blood and the calcium in your bones are derived from these stars. Ianya juga mengeluarkan elemen-elemen berat seperti emas, perak, uranium, plumbum (lead) dll. 

Kesemua ini menjadi asas bagi melahirkan galaksi-galaksi baharu. Di penghujung fasa ini, lebih kurang 5 billion tahun dahulu, lahirlah matahari dan sistem solar.

Fasa keenam iaitu kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Hidupan. Fasa in berlaku 4.5 billion tahun yang lalu. Di peringkat ini bermula kejadian bumi dan atmosfera yang berhubungan dengannya. 

Selepas 1 billion tahun kejadian bumi atau 3.5 billion tahun lalu baharulah lahir hidup-hidupan yang pertama di atas bumi.

Menurut al-Quran bahawa langit pada amnya dicipta terlebih dahulu berbanding bumi, tetapi secara khusus penciptaan sepenuhnya tujuh lapis langit berlaku selepas bumi. 

Kejadian langit mempunyai fasa-fasanya, iaitu sebelum dan selepas kejadian bumi. Kejadian langit berlaku kira-kira 5 billion tahun yang lalu, dan disusuli dengan kejadian bumi pula. 

Suhu bumi pada masa itu terlalu panas dan tidak sesuai untuk dihuni oleh sebarang hidupan. Selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutama karbon dioksida, nitrogen dan air. 

Kemudian baharulah lahir logam-logam, diikuti tumbuhan-tumbuhan, kemudian haiwan dan disususli dengan alam manusia.

Penciptaan di langit keakan-akan tiada noktahnya, kerana kewujudan bintang-bintang baharu kerap di jumpai. 

Adakah bintang-bintang ini baharu wujud atau sudah lama wujud tetapi kita baharu jumpa! Allah sahaja yang mengetahui. Pada tahun 2010 ini para saintis jumpa satu planet sebesar saiz Jupiter, mengelillingi matahari dan ianya di kenali sebagai CoRot-9b. 

Ianya bukan salah satu planet daripada Solar System kita sediada, maka ianya di panggil exoplanets. Sejak tahun 1995 sebanyak 400 exoplanets yang suhu masing-masing melebihi 1000 darjah Celsius, telah dijumpai tetapi CoRot-9b yang pertama properties nya boleh dikaji secara mendalam.

No comments:

Post a Comment