Bagaimana panasnya api neraka tu?
Sebelum kita cerita lanjut mengenai suhu api neraka ini, elok kita tahu berapa lama api neraka ini mula dinyalakan sehingga mendapat suhunya sekarang.
Abu Hurairah r.a. pernah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam."
Katanya neraka ada 7 pintu iaitu:-
(1)(paling bawah dan mungkin paling panas) namanya Hawiyah, ditempati orang orang munafik dan kafir;
(2) Jahim, ditempati orang orang musyrik;
(3) Saqar, ditempati orang orang Shabiin (orang orang yang menukar agama, para penyembah bintang);
(4) Ladhaa, ditempati Iblis dan para pengikutnya serta orang orang Majusi (penyembah api);
(5) Huthamah, ditempati orang orang Yahudi;
(6) Sa'ir, ditempati orang orang Nasrani;
(7) ditempati orang orang yang berbuat dosa besar dari golongan umat Nabi Muhammad saw yang sampai mati mereka belum bertaubat.
Tentang panasnya api neraka, Rasulullah saw bersabda bahawa api kalian yang dinyalakan di dunia ini adalah sebahagian dari tujuh puluh (70) bahagian bila dibandingkan dengan panasnya api neraka. Kalau sebagian kecil (api neraka) jatuh ke dunia, niscaya mendidihlah air laut karena panasnya.
Dalam satu riwayat disebukan bahwa Allah Ta'ala mengutus malaikat Jibril as kepada malaikat Malik supaya mengambil sebahagian dari api neraka untuk keperluan Nabi Adam memasak makanan.
Malaikat Malik berkata Wahai Jibril, berapa api yang engkau kehendaki dari neraka? Jibril berkata kira kira sebutir kurma. Malik menjawab Wahai Jibril, sekiranya aku berikan kepadamu api neraka sebesar sebutir kurma, niscaya hancurlah tujuh langit dan tujuh bumi karena panasnya.
Sambung kata-kata Jibril, bagaimana kalau hanya separuhnya saja? Malik jawab andai kata apa yang engkau kehendaki itu aku berikan, niscaya tidak akan ada air di langit walau setitis pun dan tak akan tumbuh satu pun tumbuh tumbuhan di bumi.
Kemudian Jibril menghadap Allah dan berkata, Ya Tuhanku, seberapa aku harus mengambil api dari neraka? Allah berfirman ambillah sebesar debu.
Maka Jibril mengambil api sebesar debu, lalu ia menyelamkannya dalam sungai sampai 70 puluh kali. Kemudian ia memberikannya kepada Nabi Adam as dan Jibril meletakkannya di atas gunung yang menjulang tinggi, gunung musnah.
Akhirnya api itu dikembalikan lagi pada tempatnya. Adapun asapnya tertinggal pada batu-batu dan besi-besi sampai sekarang.
Mari kita cerita fasal panas di dunia ini. Kita ambil air mendidih, panasnya ialah 100 C. Tidak ramai yang sanggup memasukkan jari mereka ke dalam air yang sedang mengelegak. Kemudian kita tengok api gas yang kita guna untuk masak, panasnya 300C.
Lava gunung berapi berapa panasnya?
Suhu lava yang melempah dari gunung berapi biasanya di antara 700 C hingga 1,200 C. Tetapi ada yang lebih panas dari itu, iaitu oxy-fuel welding atau oxyacetylene welding. Ini adalah welding untuk memotong besi atau mencantumkannya. Kepanasan api atau flame oxygen / acetylene mencecah 3,500 C, dan besi akan cair pada paras suhu 1,500C.
Kalau kita ambil kepanasan oxyacetylene welding sebagai suhu paling panas di muka dunia ini, maka suhu api neraka ialah 70 kali ganda 3,500 C sepertimana sabda Rasulullah saw bahawa api kalian yang dinyalakan di dunia ini adalah sebahagian dari tujuhpuluh bahagian bila dibandingkan dengan panasnya api neraka.
Dari perkiraan di atas itu tadi, maka suhu api neraka mungkin 245,000C (Dua Ratus Empat Puluh Lima Ribu) atau lebih kurang kepanasan dua ribu lima ratus kali air mendidih yang kita masak di dapur tu .......ya Allah tidak terdaya hendak memikirkannya. Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment