Thursday, December 22, 2016

KEMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN 

Sumber : NOOR SYAHID ABDUL RAHMAN (2013).KUIA (edited)


"Kemudaratan mesti dihilangkan" adalah satu pendekatan yang digunapakai dalam menentukan hukum dalam Islam. 

Ianya ialah konsep fiqh atau qawaid fiqhiyyah. Konsep ini boleh sesuaikan dengan permasalahan yang kita hadapi. 


Maka dalam kes yang ada kesulitan atau kesusahan, kesukaran  atau kemudaratan tersebut hendaklah dihapuskan.


Kemudaratan adalah seperti kesakitan, ancaman, kemusnahan, kerugian, kecacatan, kesukaran, kacau bilau dan hilang fungsi.

Contoh 1: Untuk menghalang kemudaratan kepada 5 prinsip umum atau dharuriyyat al-khams (iaitu agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta), maka disyariatkan pelaksanaan hukum hudud dan qisas.

Contoh 2: Untuk mencegah sebarang bentuk bahaya demi menjaga kemaslahatan umum selain  dharuriyyat al-khams, disyariatkan mengguna pakai hukuman takzir.

Contoh 3: Diharuskan menghukum pengamal ajaran sesat dengan memenjarakan mereka. 

                                -

Enam pecahan daripada kaedah ini iaitu:-

(i)     Keadaan dharurat mengharuskan perkara yang dilarang.

Contoh 1: Bagi seseorang yang sangat lapar kebuluran yang boleh membawa maut kerana tiada makanan, maka dianya dibolehkan makan makanan yang diharamkan pada waktu terdesak tersebut. Tetapi tidak sehingga kenyang, hanya sekadar menyelamatkan nyawa sahaja.

Contoh 2: Mengaku murtad jika dipaksa dengan ancaman nyawa, tetapi di hati tetap beriman kepada Allah. Ini dibenarkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya pada surah al-Nahl, ayat 106.


(ii)   Apa yang diharuskan dalam keadaan darurat dikira mengikut kadar keperluannya sahaja.

Contoh 1: Membedah siasat terhadap mayat hanya diharuskan dalam kes-kes seperti mengesan unsur jenayah, mengesan penyakit, mengeluarkan bayi yang masih hidup daripada perut ibunya yang telah meninggal.

Contoh 2: Dibenarkan memelihara anjing untuk tujuan pemburuan tetapi dalam bilangan yang diperlukan sahaja.

(iii) Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan mendatangkan kemudaratan yang lain.

Contoh 1: Mengambil makanan daripada orang yang sedang kebuluran untuk diberi kepada orang lain yang dalam kebuluran juga.

Contoh 2: Doktor mengubati pesakitnya yang memerlukan darah tambahan daripada pesakit lain yang mengalamai kekurangan darah.

Contoh 3: Kita merosakkan kehidupan orang lain untuk menyelamatkan kehidupan kita.


(iv)  Apabila bertentangan antara dua kemudaratan, hendaklah dihindarkan yang lebih berat dan dilaksanakan yang lebih ringan.

(v)   Menolak kerosakan itu diutamakan atau didahulukan daripada mengambil manfaat atau kemaslahatan.

(vi)   Keperluan atau hajat menempati kedudukan darurat sama ada yang bersifat umum atau khusus.

No comments:

Post a Comment