Sumber artikel NOOR SYAHID ABDUL RAHMAN (2013)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Salah satu kaedah asas qawa'id fiqhiyyah ialah " Keyakinan tidak hilang dengan keraguan".
Contoh:
(i) Kita telah berwuduk, tetapi selepas itu meragui sama ada wuduk kita masih ada atau sudah batal. Berdasarkan kaedah ini, hukumnya masih dalam berwuduk kerana kita yakin pada peringkat awalnya, dan apa jua keraguan yang datang setelah itu tidak memberi apa-apa kesan kepada status hukum tersebut;
(ii) apabila syak dalam solat sama ada telah buat tiga atau empat rakaat. Maka yang diambil kira ialah tiga rakyaat kerana tiga itu adalah yakin, sedangkan empat itu adalah syak;
(iii) kita ingin menggunakan komputer rakan baik kita, tetapi meragui adakah rakan kita itu mengizinkannya atau tidak. Ketika ini status menggunakan komputer rakan tersebut adalah haram. Tetapi jika kita yakin, rakan kita itu akan mengizinkannya maka harus kita menggunakannya.
-----------@------------
Keyakinan tidak boleh dilupuskan dengan perkara yang lebih lemah daripadanya, seperti syak.
Namun, keyakinan tidak menang selalu. Keyakinan boleh dikalahkan dengan perkara yang sama taraf dengannya atau lebih kuat daripadanya.
Antara hukum furu' yang terkecuali daripada kaedah asas ke-2 ini ("keyakinan tidak hilang dengan keraguan") adalah:-
(i) Perempuan istihadah yang tidak dapat membezakan antara darah istihadah dengan darah haid, maka wajib bagi dirinya untuk mandi selepas hari ke-15 dan memastikan dirinya bersih setiap kali hendak menunaikan solat;
(ii) Seseorang yang terkena najis pada badan atau pakaiannya, tetapi tidak pasti di bahagian mana. Maka dia hendaklah membasuh seluruh pakaian atau mandi seluruh badanya.
(iii) Individu yang telah bertayamum untuk bersolat setelah dia yakin tiada sumber air. Kemudian dia terlihat sesuatu seperti adanya air, maka tayamumnya terbatal. Walau pun yang dia nampak itu sebenarnya sekadar fatamorgana.
-------------------@-----------------------
Terdapat 7 pecahan dari kaedah asas ini, iaitu:-
(i) Asal masalah ialah kekalnya suatu perkara di atas keadaannya yang asal;
Contoh 1: Sesiapa yang mempunyai wuduk, kemudian syak melakukan perkara yang membatalkan wuduk (tidur, bersentuhan kulit dll) maka dia tetap dianggap masih mempunyai wuduk;
Contoh 2: Seseorang berbuka puasa tetapi tidak pasti sudah masuk waktu magrib atau belum, dan dia terus berbuka. Maka puasanya terbatal kerana asal masih kekal siang.
Contoh 3: Sesorang bersahur pada akhir malam tetapi tidak pasti sudah masuk waktu subuh atau belum. Dia terus bersahur dengan tanpa diketahuinya waktu tersebut telah masuk subuh. Maka sah puasanya kerana asal masih kekal malam.
(ii) Hukum asal seseorang adalah bebas daripada tanggungjawab;
Contoh 1: A cederakan B. Dan A mengatakan satu kesan luka di tangan B, dia (i.e. A) yang melakukannya. Tetapi B membantah dengan mengatakan bahawa ada 2 kesan luka yang dibuat oleh A. Maka pengakuan yang diterima adalah pengakuan A kerana asalnya A bebas daripada tanggungjawab.
Contoh 2: Kanak-kanak bebas dari tanggungjawab dalam melakukan tanggungjawab sehingga samapai usaha baligh.
Comtoh 3: C mendakwa D berhutang dengannya. D menafikannya. Maka pengakuan yang di terima ialah pengakuan D oleh kerana asalnya orang didakwa tersebut bebas daripada tanggungjawab.
(iii) Hukum asal dalam melakukan seks itu adalah haram;
Contoh 1: E bernikah dengan F, tetapi E meragui sah atau tidak akad nikah tersebut kerana sesuatu sebab. Maka mereka tidak boleh melakukan jima' seperti pasang suami isteri yang lain. Ini kerana hukum asal melakukan hubungan seks adalah haram.
Contoh 2: G ingin berkahwin dengan H. Tetapi tidak pasti status persaudaraan mereka yang bermungkinan H adalah mahramnya. Oleh itu haram bagi G menyetubuhi H kerana berdasarkan pengharaman asal.
(iv) Hukum asal sesuatu itu adalah tiada;
Contoh 1: A menjual barang kepada B, dan mendakwa ianya rosak semasa akad jual beli. B menafikannya. Dalam isu ini, diterima pengakuan B kerana pada asalnya, kecacatan pada barang dijual tiada.
Contoh 2: C menggunakan motosikal D yang dikatakan memberi izin kepadanya. Tetapi D menafikannya, Maka pengakuan D diterima kerana asalnya harta seseorang itu haram digunakan tanpa izin pemiliknya.
(v) Asal setiap yang berlaku diambil kira masa yang paling hampir;
Contoh 1: Seseorang melihat ada tompokan air mani pada kainnya, tetapi tidak ingat bila bermimpi. Maka wajiblah dia mandi dan menggantikan solat selepas tidurnya yang terakhir.
Contoh 2: Seorang solat dengan berwuduk dari air kolah kecil untuk beberapa minggu lamanya. Pada satu hari terdapat bangkai tikus di dalamya. Tidak perlu menggantikan solatnya selama mana berminggu-minggu itu , kecuali menggantikan solat-solat yang diyakini berwuduk dari air yang bercampur bangkai tikus itu.
(vi) Hukum asal pada sesuatu ucapan itu dikira maknanya yang hakiki;
Contoh 1: Seseorang menghibahkan hartanya kepada anaknya (walad), maka cucunya tidak boleh menerima harta tersebut kerana
maksud lafaz sebenar adalah anak dan bukan cucunya (walad al-walad).
Contoh 2: Seseorang bersumpah tidak akan membeli barang pada tarikh 1Rejab. Tiba tarikh berkenaan, dianya suruh orang lain membelikan untuknya. Maka dia tidak dikenakan kaffarah sumpah.
Contoh 3: Seseorang bersumpah tidak akan makan lembu yang di beli. Tetapi dia minum susu lembu tersebut.Perbuatan ini tidak mengapa kerana daging merupakan makna hakikisedangkan susu merupakan makna majazi.
(vii) Hukum asal sesuatu itu adalah harus, sehinggalah ada dalil yang menunjukkan pengharamannya.
Contoh 1: Binatang, sayuran atau buah-buahan yang tidak jelas haramnya, maka hukumnya halal dimaka

No comments:
Post a Comment