Sumber : NOOR SYAHID ABDUL RAHMAN (2013)KUIA (edited)
Dari sudut bahasa, Qawa'id Fiqhiyyah berasal dari dua perkataan bahasa Arab iaitu:
(i) Qawa'id kata jamak kepada qa'idah yang bermaksud
asas atau prinsip; dan
asas atau prinsip; dan
(ii) Fiqhiyyah yang bermaksud al-fahmu iaitu kefahaman.
Qawa'id fiqhiyyah adalah ilmu tentang prinsip fiqh yang bersifat universal (kulliyyah) dalam bentuk teks yang ringkas tetapi padat. Ia membicarakan tentang HUKUM yang bersifat umum.
Berbeza dengan Qawa'id Usuliyyah membicarakan tentang DALIL yang bersifat umum.
Persamaan antara keduanya ialah sama-sama membahaskan kaedah dan memiliki bahagian yang berkaitan dengan perkara yang berbentuk juz'i dan terperinci.
Qawa'id fiqhiyyah dalam bahasa Melayunya disebut "kaedah fiqh". Ada beberapa faedah mempelajari kaedah fiqh ini, di antaranya:
- membantu ulama mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip syariah dan fiqh;
- membantu mujtahid, hakim dan mufti dalam berijtihad mengeluarkan fatwa menurut kepada keadah fiqh;
- membantu menetapkan hukum bagi masalah yang tiada sebarang nas daripada al-Quran dan Sunnah.
Kaedah fiqh dalam perundangan Islam mempunyai empat sumber utama iaitu:
- al-Quran;
- Sunnah;
- al-athar; dan
- al-ijtihad.
Al-Athar bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada Sahabat dan tabi'in sama ada dalam ucapan atau perbuatan.
Al-ijtihad bermaksud ulama dan mujtahid mengerah sepenuh usaha dan tenaga untuk mendapatkan hukum syarak yang berbentuk amali dengan cara istinbat dan istiqra' daripada dalil-dalil dan sumber syarak.
Para ulama telah mengariskan lima kaedah asas yang utama iaitu al-qawa'id al-khams al-kubra iaitu:-
1 Setiap perkara dinilai berdasarkan niat.
2 Keyakinan tidak hilang dengan keraguan.
3 Kesukaran membawa kemudahan.
4 Kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan.
5 Adat sebagai sumber rujukan hukum.
Para ulama telah mengariskan lima kaedah asas yang utama iaitu al-qawa'id al-khams al-kubra iaitu:-
1 Setiap perkara dinilai berdasarkan niat.
2 Keyakinan tidak hilang dengan keraguan.
3 Kesukaran membawa kemudahan.
4 Kemudaratan mesti dihilangkan atau dihapuskan.
5 Adat sebagai sumber rujukan hukum.
No comments:
Post a Comment