Tuesday, January 6, 2015

WUDUK BOLEH BATAL JIKA TIDUR 


Apa beza di antara mengantuk, terlelap dan tidur?

MENGANTUK berlaku apabila fungsi indera seseorang berkurangan, di mana dia mendengar perkataan orang disekitarnya namun tidak mengikuti sepenuhnya makna ayat-ayat berkenaan, maka keadaan seperti ini dinamakan mengantuk. 



Perasaan mengantuk menjadi semakin teruk sehingga menyebabkan seseorang itu tersengguk-sengguk kepalanya ke depan atau ke belakang, kelakuan ini di anggap sebagai TERLELAP.



TIDUR pula berlaku apabila ianya melepasi paras mengantuk/terlelap, seseorang itu berasa sangat selesa (kadangkala dengan mulut ternganga) melamun di alam mimpi. 

Tidur yang nyenyak sehingga seseorang itu tidak terganggu oleh bunyi bising di sekelilingnya, tidak terasa sesuatu jika sesuatu jatuh dari tangannya atau jika ada air liur keluar dari mulutnya.

Mengantuk dan terlelap tidak perlu mengulangi pengambilan wuduk. 

Ini berasakan kepada hadis berikut: Daripada Anas, dia berkata: Suatu ketika para sahabat Rasullah shallallahu’alaihiwasallam menunggu solat Isyak sehingga TERSENGGUK-SENGGUK kepala mereka kerana Nabi shallallahu’alaihiwasallam melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bangun tanpa memperbaharui wuduk.



Ada satu lagi hadis yang menyokong tersengguk-sengguk tidak perlu memperbaharui wuduk. 



Iaitu daripada Ibnu ‘Abbas, dia berkata: Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri Nabi). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk menunaikan solat malam. Lalu aku bangun berdiri di sebelah kirinya. Kemudian baginda menarik tanganku hingga menjadikan aku berada di sebelah kanannya. Setiap kali kepalaku TERSENGGUK KERANA MENGANTUK, baginda akan menarik telingaku. Dia (‘Ibnu ‘Abbas) berkata: Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat. (‘Ibnu ‘Abbas tidak memperbaharui wuduknya).


Tetapi kalau tidur, bagaimana boleh batal?


Ya, ada satu dalil bagi wajibkannya berwuduk apabila tidur. 

Ini adalah berdasarkan hadis Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka kasut selama tiga hari hingga malam kecuali bila junub, tetapi agar membukanya apabila buang air besar atau kecil dan jika tidur.


Hadis ini membuktikan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkategorikan tidur bersama-sama dengan buang air besar atau kecil yang turut membatalkan wuduk.


Ada banyak pandangan mengenai tidur ini. Di antaranya ialah :-

(1) Tidur sama sekali tidak membatalkan wuduk. Pendapat ini dipegang oleh sekelompok sahabat seperti Ibnu ‘Umar, Abu Musa al-Asy’ari dan Sa’id bin Musayyab. 

(2) Tidur samada sekejap mahupun lama secara mutlak membatalkan wuduk. Ini merupakan pandangan Abu Hurairah, Abu Rafi’, ‘Urwah bin Zubair, Atha’, al-Hassan al-Bashri, Ibnul al-Musayyib, Zuhri, al-Muzani, Ibnu Hazm, Abu Ubaid dan Ishaq bin Rahawaih.


(3) Hanya tidur yang lama membatalkan wuduk. Ini merupakan pendapat Imam Malik. 



(4) tidur yang hanya membatalkan wuduk adalah tidur ketika dalam posisi baring atau bersandar kepada sesuatu. 


Tidur dalam posisi lain seperti duduk, rukuk, sujud atau berdiri maka wuduknya tidak batal baik dia tidur di luar solat atau ketika bersolat. Ini merupakan pandangan Hamad, Sufyan al-Thawri, Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Imam Daud dan Imam al-Syafi’i.


(5) Tidur ketika berada dalam solat sama sekali tidak membatalkan wuduk. Tidur di luar solat membatalkan wuduk. Pendapat ini juga dikatakan pendapat Imam Abu Hanifah.


(6) Apabila seseorang itu tidur di dalam keadaan punggungnya rata kepada lantai maka ianya tidak membatalkan solat baik tidurnya itu ketika dalam solat mahupun di luar solat atau tidur yang lama mahupun seketika sahaja. Ini merupakan pandangan mazhab Imam al-Syafi’i. 

Posisi tidur terlentang (baring) tidak sama dengan orang yang tidur dalam keadaan duduk. Ini adalah kerana tidur dengan posisi terlentang akan terasa lebih nyenyak, sehingga akalnya akan terasa lebih tidak berfungsi jika dibandingkan dengan orang yang tidur dalam keadaan duduk.

Apabila dia telah tergeser/beralih/terjungkit/terangkat dari posisi duduk tegak semasa tidur, maka dia wajib megulangi wuduknya, kerana orang yang tidur dalam keadaan duduk itu menekan dirinya (bahagian punggungnya) pada lantai dan hampir tidak terkeluar sesuatu (kentut) kecuali dia akan menyedarinya. 

Yang mewajibkan seseorang berwuduk kembali kerana tidur ialah hilangnya fungsi akal, baik tidur ringan mahupun tidur nyenyak.


Tidur yang membatalkan wuduk adalah tidur nyenyak sehingga menghilangkan kawalan seseorang terhadap pancainderanya dalam apa jua posisi samada duduk, baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain. 

Namun perasaan mengantuk sehinggakan kepalanya tersengguk-sengguk yang mana seseorang itu tidak hilang kawalan pancainderanya secara total dalam apa jua posisi dia berada samada duduk, baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain tetap tidak membatalkan wuduk.


Wallahu A’lam.
SOLAT :
DOWN SYNDROME

Anak down syndrome  adalah ketentuan Allah SWT jua. Kita sebagai ibu bapa perlu banyak-banyak bersabar ujian daripada Allah SWT ini.

Kesabaran ini akan dibalas dengan segala kenekmatan semasa di akhirat nanti.......dalam syurga. InsyAllah.

Mengikut kajian saintis, down syndrome adalah berkaitan genetic di mana ianya memperolehi 47 chromosomes berbanding orang sihat biasa ada 46.

Semua orang Islam wajib bersolat termasuk mereka yang down syndrome ini juga.

Namun, ianya wajib jika seorang down syndrome ini memenuhi tiga syarat (1) seorang Islam (2) sudah baliqh (3) berakal.

Seorang Islam bermaksud jika (1) bapa kepada kanak-kanak down syndrome ini seorang Islam, maka anak tersebut ditakrif Islam, walaupun anak berkenaan tidak pandai mengucap.

Keagamaan ibu tidak di ambil kira.....hanya agama bapanya sahaja.

Jika bapa budak itu bukan Islam, maka anak berkenaan hendaklah tahu mengucap.....baharulah dia di anggap beragama Islam. 

Kedua  baliqh.....jika perempuan telah (1) datang haid (2) mengandung, (3) mimpi hingga discharge, atau (4) telah berumur 15 tahun.....mana-mana yang terdahulu.

Baliqh bagi lelaki (1) mimpi hingga dicharge (2) tumbuh bulu di  kemaluan.......ini jarang orang sebut... atau (3) berumur 15 tahun.

Syarat ke tiga....berakal.   Ini subjektif....boleh mengurus diri bagi perkara-perkara asas.....kenal kotor dan bersih

OK jika ketiga-tiga syarat ini ada....maka wajib solat





SOLAT:
TERSILAP ARAH KIBLAT


Apabila kita berada berjauhan daripada komuniti Islam, menentukan arah kiblat memang sukar sedikit terutama sekali jika sampai di negara berkenaan pada waktu malam.

Kami biasanya akan menggunakan kompas biasa atau kompas kiblat. 

Tetapi jika terlupa membawa kompas, akan gunakan arah bandar utama seperti contoh London atau Paris dengan syarat syarat membuat sedikit adjustment yang sesuai.

Dengan maklumat itu boleh membantu kita mengagak secara kasar arah bandar Mekah tanpa menggunakan kompas.

Para ilmuan mencari arah kiblat menggunapakai alam semula jadi seperti matahari, bintang, bulan dan juga arah angin.

Jika kita berada di tengah-tengah hutan yang gelap atau di lautan yang gelap gelita, di mana-mana arah yang kita rasa betul boleh di terimapakai. Kita tidak perlu mengulangi atau kadak solat berkenaan.

Walau bagaimanapun jika kita singgah di satu tempat solat pada waktu malam gelap dan ketiadaan lampu yang boleh membantu mencari tanda arah kiblat. Kita boleh bersolat ke mana-mana arah. Tetapi sesudah kita solat lampu pun menyala. Dan di dapati arah solat kita tadi tersilap. Dalam kes sebegini kita kena ulangi solat tersebut.



SOLAT : 
DOUBTFUL ABOUT RAKAAT

Once takbir is recited at the beginning of a solat, many things become unlawful such as eating, drinking, talking etc.

Standing is a very important part of solat. It is better for one to perform solat standing, and whoever performs solat sitting gets half the reward of that person who performs solat while standing. 

Whoever performs solat while lying gets half the reward of that person who performs while sitting.

If one starts his solat sitting and then during the solat he feels better, he should continue his solat standing. 

Do good deeds which are within your capacity as Allah never gets tired of giving rewards.

It is recommended to say “Ameen” after the imam finishing the recitation of Al-Fatihah. Ameen means “O Allah’ Accept our invocation”. 

If our Ameen coincides with that of the angels then all our past sins will be forgiven.

The sins which are pardoned are minor sins because major sins are not forgiven unless one makes sincere repentance and seek forgiveness from whom he has wronged.

Allah ordered us to sujud (prostrate) on seven body parts. 

Those parts are the forehead (certain scholars insist with the tip of the nose too), both hands, both knees, and the main toes of both feet. Place the palms of our hands on the ground and raise our elbows.

Whenever our Prophet Muhammad rukuk (bow) he would spread out his fingers and when he sujud (prostrate) he would bring his fingers together.

When we are in doubt about our solat and does not remember how many rakaat we have prayed, whether three or four rakaat, we should base our prayer on what we are sure of. 

In this particular case, we should count our prayer as three rakaat, and we need to add one more rakaat to complete our solat. 

Then we perform (voluntary) two prostrations before salam (end of solat).

During our sleep, satan ties three knots at the back of our head. 

When we wake up and remember Allah, one knot is undone. 

When we perform wuduk, the second knot is undone, and when perform solat (Tahajjud) the third knot is undone.

May Allah bless all those who love Him, and worship Him with pure intentions.

Friday, January 2, 2015

BATAL WUDUK

Dari badan kita ni ada mengeluarkan berbagai angin, seperti kentut, sedawa dan menguap. Bagaimana kejadian ini boleh berlaku?
Penyabab kentut ialah berpunca dari makanan yang banyak fiber seperti sayur-sayuran, udara yang tertekan, makan terburu-buru, makan tanpa kunyah, dan minum soft drink. 

When a food does not break down completely in the stomach and small intestines, the food makes it into the large intestine in an undigested state, produces gases such as hydrogen, carbon dioxide, nitrogen and methane. 


Asal ketut adalah dari gas-gas ini di dalam usus. Gas ini datangnya daripada gas yang kita telan. Gas yang menerobos ke usus dari darah, dan gas dari bakteria dalam perut. 


Makin banyak udara kita telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut. Eventually these gases exit through the rectrum.
Yang bom beracun tu macam mana boleh terjadi?
Kentut berbau busuk kerana kandungan hydrogen sulphide yang mengandungi sulphur dalam usus besar. Makin banyak kandungan sulphur dalam makanan, makin banyak sulfida di hasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuk kentut kita.
Kalau kita tahan kentut, gas tu pergi ke mana?
Kentut yang tidak terlepas atau di tahan akan diserap dalam darah, kemudian bepindah ke bahagian atas menuju ke usus. 

Tetapi apabila sampai masa akhirnya ia keluar juga, ia tidak lenyap tetapi hanya mengalami penangguhan. 


Namun ada juga kentut tetapi tidak di anggap kentut. Ianya meletup di dalam badan tidak melepasi dubur. Kentut hanya di klasifikasikan sekiranya ianya berbau atau berbunyi dan kita boleh merasainya terlepas ke udara.
Normally anything that bestows by Allah has numerous benefits. I believe so do flatulence (kentut).Flatulence in most cases is signs of a healthy digestive system. 

However if uncontrollable then it is beginning signs of colon cancer and irritable bowel syndrome. It acts as a barometer. On an average it can occur 14 times in a day and its volume as little as one cup of gas to ½ gallon per day. 


Komposisi kentut puratanya mengandungi 59% nitrogen, 21% hydrogen, 9% carbon dioxide, 7% methane, 3% oksygen dan 1% gas lain-lain. Speed kelajuan keluarnya ialah 11 kph dan kepanasannya 98.6 F.
Jadi mengapa ianya membatalkan wuduk?
Hanya Allah yang maha Mengetahui. Kita boleh mengaggak tetapi mungkin tidak tepat. 

Kentut serupa seperti najis daripada segi perjalanan saluran keluarnya, hanya najis berbentuk boleh di lihat tetapi kentut tiada bentuk sebab ianya gas. 


Memandangkan najis berbentuk maka ianya perlu di cuci dengan air atau batu seumpamanya, tetapi kentut adalah gas semata-mata maka ianya di anggap sangat ringan tetapi sensitif kepada wuduk.
Sedawa dan menguap pula bagaimana?
Sedawa muncul dari perut dan mengandungi lebih banyak udara, tetapi kentut lebih banyak gas. Sedawa biasanya mengeluarkan bau makanan yang kita makan. 

Burp(sedawa) or belch is a very natural process in which air is expelled out through the oral cavity. Whenever we eat or drink some amount of air is also swallowed. 


Most of it is pushed into the stomach but some maybe trapped at the lower end of the esophagus or the food pipe. This air comes out through the mouth resulting in a burp. 


Even though it's a very natural process, excessive burping or if associated with pain, heartburn, vomiting, nausea, decreased appetite should be viewed with concern.
Menguap sering berlaku di saat seseorang merasa letih atau mengantuk. Penyebabnya adalah jumlah oksigen di paru-paru yang rendah.When you inhale, the air taken in is filling your lungs. 

Menguap mudah menular. Orang kedua yang kena jangkitan menguap itu tidak semestinya mengantuka atau letih. Apa sebabnya masih dicari jawapannya. Menguap yang kuat tanpa menutup mulut boleh menjemput iblis masuk ke dalam badan. 
WUDUK 
Dalam mazhab Syafie rukun wuduk ada 6 iaitu:- 
(1) niat, 
(2) membasuh muka, 
(3) membasuh kedua tangan hingga ke siku, 
(4) menyapu sebahagian kepala, 
(5) membasuh kedua kaki hingga ke buku lali, dan 
(6) tertib. 
Kalau di perhatikan bahawa anggota wuduk adalah anggota-anggota “luar badan”, yang kerap di gunapakai dan terdedah kepada alam sekitar. Apa yang hendak kita sucikan ialah pada kulit anggota-anggota berkenaan. 

Skin is the largest organ in the body. Jika kita tibarkan ianya lebih kurang 12 hingga 20 sq ft berasakan mengikut saiz badan. Beratnya lebihkurang 12% of our body weight. 


Kulit manusia ada 3 lapis iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. 


Epidermis is the outermost layer of the skin which provides waterproofing and serves as a barrier to infection. 


Ada beberapa fungsi kulit seperti perlindungan daripada bacteria, mencegah dehidrasi, menyimpan lemak, dan sintesis vitamin D.
Kira-kira 5000 tahun yang lalu pengamal perubatan Cina telah memperkenalkan acupuncuture iaitu satu keadah rawatan menggunakan jarum halus dicucuk ke badan pesakit. Dengan izin Allah, berbagai penyakit kronik dapat disembuhkan dan popularitinya merebak hingga ke US dan Europe. 

Kaedah ini telah mengenalpasti 66 acupuncture points utama di badan manusia. Daripada jumlah tersebut 61 points terdapat di anggota-anggota wuduk termasuk telinga, dan baki 5 points lagi itu di antara buku lali hingga ke lutut .
Dengan ini apabila kita mengambil wuduk, seboleh-bolehnya kita mengosok perlahan-lahan segala anggota wuduk, mudah-mudahan kita mendapat rangsangan kesegaran sistem saraf sepertimana banyak di amalkan dalam ilmu sains refleksologi. 

Gently massage our face with circular motions. Then massage the tendons on the back of our hand by pushing upwards in the direction of the wrist. 


Each finger is given a gentle squeeze and rotated at the joints to loosen the stiffness in the tendons. Gently pull on the fingers to release any tension building up in them and make them more dexterous. 


Do not scrub because over-washing can cause skin to become irritated. We need to hydrate our skin with water. Hydrated skin is healthy skin. 


Water helps to detoxify our skin, ridding us of elements that make us ill. Regular ablution (wuduk) will prevent our skin from absorbing environmental pollutants.
Our piped water at home contains chorine. Chlorine is a very toxic gas, and if too much of it can possibly irritate our respiratory system and can have an adverse effect on human health and corrosion of the teeth.

Kita boleh memberi lebih pressure dengan menekan lokasi-lokasi di mana kita menghadapi masaalah kesihatan. Seperti contoh jika kerap mengalami pening-pening (dizziness) kita boleh tumpukan gosokkan wuduk di atas bibir, atau kalau stress maka gosok di kedua-dua hujung dan bawah bibir.


SOLAT : 
RAISING OF HANDS

The spiritual significance of the bodily movements in prayer is meant to awaken the consciousness of man’s being present before the Lord. 

Prayer is the highest act of devotion to Allah. It should, therefore, be performed not in haste but with perfect tranquillity of mind.


Among the first bodily movement is the desirability of raising the hands above the shoulders at the time of the beginning of a prayer along with the recitation of the takbir (Allah-o-Akbar). 

Certain scholars indicate up to opposite the lobes of ears. The raising of hands signifies some sort of total surrender to our Lord.

Another occasion regarding raising of hands occurs at the time of bowing (rukuk) and at the time of returning to the erect position after bowing.

There is a difference of opinion with regard to the raising of hands in prayer. 

However the fundamental form of prayer is the same, i.e. standing upright for those ably man, direction facing Mecca, bowing and prostrations etc.

On many occasions, our Prophet Muhammad (saw) allowed minor differences to happen. 

He did this so that the devotional life of the Muslims may not become absolutely rigid. He wanted to maintain the natural flexibility of religious life to suit different environmental occasions.

Yes, he wanted to inculcate a spirit of tolerance for minor issues and in the minds of Muslims to differentiate between the fundamentals and details of religious acts.
WUDUK :
ABLUTION TAYAMMUM

Prayer is the soul of religion. The non-praying man is rightly considered to be a soulless man. It is with prayer that man has his consciousness with his Lord.

Solat in Islam lifts not only the soul to the spiritual height, but it is also accompanied by bodily movements. It aims at purifying both body and soul.

However, solat does not aim at such a spiritual contact with Allah to a level in which the world and self are absolutely denied, in which human personality is dissolved and disappeared. 

Islam does not favour such a meditation and absorption in which man ceases to be conscious of his own self.

Ablution can be considered as one of the processes to purifying one’s body.

In performing ablution we should at least follow in this following manner:
(1) niat; 
(2) wash our face; 
(3) wash right forearm up to the elbow; 
(4) wash left forearm up to the elbow;
 (5) pass wet hands over our forehead; 
(6) wash our right foot up to the ankle; and then 
(7) wash our left foot up to the ankle too. 

Preferably wash each action thrice. When performing ablution, one should start from the right side of the body.

Ablution does not nullified by dozing or half sleeping in a sitting posture. But certain scholars insist it should not support or lean our body behind a wall or pillar. 

Renewal of ablution is necessary for one who sleeps in a state of lying down, for when he lies down his joints are relaxed and is losing consciousness completely.

One should not repeat ablution if in doubt unless he is convinced that he has lost his ablution by having hadath. 

Example of hadath is passing of wind from the anus. This is one of the types of hadath. He should not leave his prayers unless he hears sound or smells something.

To repeat ablution if something is discharged or passed from either exit, front or back private parts. 

If a worm comes out of one’s anus or if a drop of discharge equal to the size of a louse comes out of one’s penis, then it is essential to repeat the ablution.

Bleeding does not necessitate the repletion of ablution. One squeeze his pimples and blood come out, he need not repeat his ablution.

There is a difference of opinion amongst scholars about the question of ablution after eating the flesh of camel (very specific it is camel, not sheep etc).

According Imam Ahmad b Hambal it does break. 

But other mazhab such as Imam Shafii, eating of camel’s flesh does not break the ablution.

When water is not found, then we can perform Tayammum. That is to put or strike lightly clean earth with one’s hands and then pass the palm of each on the back of the other, blow off the dust and then pass them on the face.

SOLAT ISTIKHARA :
SEEKING GUIDENCE

If anyone of us intends to do something big which will bring great impact to our life, and is not so sure either to pursue or otherwise, or maybe there are other options to choose, then we can seek guidance from Allah.

We should offer a voluntary two-rakaat prayer, and its performance is like any other ordinary sunat prayer. 

This prayer is known as solat Istikhara. It can be performed anytime, but preferably deep into the night.

Istikhara is a prayer in which the praying person appeals to Allah to guide him on the right way regarding a certain situation.

The performance of most voluntary prayers in the middle of night is more meritorious.

Immediately after the prayer, we can perform our doa. It is up to each individual to word their doa. However ones can recite the following phrases:

O Allah! I consult You, for You have all the knowledge, and appeal to You to support me with Your Power, and ask for Your Bounty, for You are able to do things while I am not, and You know while I do not, and You are the Knower of the Unseen.

O Allah! If You know that this matter (name your matter) is good for me both at present and in the future, then fulfil it for me and make it easy for me, and then bestow Your Blessings on me in that matter.

O Allah! If You know that this matter is not good for me, then divert me from it and choose for me what is good whatever it may be, and make me be pleased with it. Ameen!”

InsyAllah our doa will be blessed by the Mighty Lord.
SOLAT al-DUHA : 
SUPEREROGATORY MORNING PRAYER

Paradise is the tremendous reward which Allah has prepared to those who obey Him. 

The joys of Paradise are far greater than the pleasures of this world, that no eye has seen, no ear has heard, and has never crossed the mind of any human being.


Prophet Muhammad (saw) did not like to put unnecessary burden upon the people and wanted that they should develop religious devotion and piety out of their own accord without any pressure.

Solat is the highest act of devotion to Allah. Performing solat al-Duha is not obligatory, it is supererogatory and is a symbol of one’s keen devotion to Allah.

The time of Duha prayer is from the time when the sun has risen to a certain height until the sun reaches its meridian. 

For easy time determination, this is approximately one-in-the-half (1 ½) hour after the time of Subuh prayer until noon. 

But certain literatures mention we can perform Duha until half an hour (30 minutes), or even ten minutes before Zuhur prayer.

The number of rakaat starts from minimum two, and up to a maximum of 12 rakaat. Certain scholars cap it up to eight rakaat only. 

Well! If we could perform two rakaat everyday without fail, in my humble view, that is considered excellent.

Thursday, January 1, 2015

SOLAT :RUKUN, KIBLAT & MUSAFIR


Umat Islam sangat istimewa kerana tempat solat boleh di buat di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini asalkan tiada najis di tempat berkenaan. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pandangan menyatakan tempat-tempat seperti tandas, rumah sembelihan, kubur, bilik air dan kandang pemeliharaan ternakan tidak digalakkan di jadikan tempat solat. 

Tetapi jika tempat berkenaan suci daripada apa-apa jua najis, maka tempat itu di bolehkan di jadikan tempat solat. Namun jika boleh elakkan tempat-tempat sebegini.

Kesemua empat mazhab bersepakat bersetuju rukun solat sekurang-kurangnya ada enam, iaitu:- 
(1) takbiratulihram; 
(2) berdiri bagi yang mampu; 
(3) membaca ayat al-Quran; 
(4) rukuk; 
(5) bangkit daripada rukuk dan iktidal; dan 
(6) sujud.


Bagi mazhab Shafi’i ada tiga belas rukun solat, iaitu :- 
(1) niat; 
(2) takbiratulihram;
(3) berdiri bagi mereka yang berkuasa; 
(4) membaca al-Fatiha;
 (5) rukuk dengan tamakninah; 
(6) iktidal dengan tamakninah;
(7) dua kali sujud dengan tamakninah;
(8) duduk antara dua sujud dengan tamakninah; 
(9) duduk tasyahud akhir dengan tamakninah; 
(10) membaca tasyahud akhir; 
(11) membaca selawat atas Rasulullah pada tasyahud akhir; 
(12) membaca salam pertama; dan 
(13) mengikut urutan/ berturut-turut.

Ada banyak perkara yang membatalkan solat seperti :- (1)rukun solat sengaja ditambah atau ditinggalkan;
(2) berlaku keluar sesuatu daripada mana-mana kemaluannya termasuk kentut; 
(3) terkena najis yang diketahuinya pada badan, pakaian atau tempat sembahyang; 
(4) berkata-kata;
 (5) terbuka aurat dengan sengaja; 
(6) makan dan minum; 
(7) berniat memutuskan solat; 
(8) bergerak tiga kali berturut-turut; 
(9) tidak mengadap kiblat iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah pada permulaan solat; 
(10) solat bukan dalam waktunya kecuali sembahyang jamak atau kadak; 
(11) terbatal wuduk;
 (12) murtad; 
(13) mendahului imam.

Walau bagaimanapun, kita kerap menghadapi keraguan bagi penentuan kiblat ketika kita musafir. 

Kita wajib berusaha mencari arah kiblat terlebih dahulu, seperti bertanya dengan orang Islam tempatan, dan menggunakan peralatan seperti kompas. 

Setelah yakin (biarpun tidak tepat) akan arah kiblat tersebut, segeralah bersolat.

Setelah selesai solat, di dapati penentuan kiblat tersebut silap. Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali solat tersebut tidak perlu diulangi. Mazhab Shafi’i dan Maliki pula wajib diulangi semula.

Begitu juga jika kita hendak bersolat dalam kapalterbang. Permulaan solat itu hendaklah mengadap kearah kiblat, dan selepas itu arahnya tidak penting lagi. 

Yang pasti kita tidak meninggalkan solat dalam perjalanan jauh melebihi 8 jam keatas terutama solat subuh yang pendek waktunya. 

Fasal tu jika kita hendak terbang jauh, elok kita naikki penerbangan Malaysia Airline System (MAS) atau mana-mana penerbangan negara Timur Tengah. Mereka boleh membantu kita bagi penentuan waktu solat dan arah kiblat.

Kadangkala semasa kita berada di tempat persinggahan terutama di negara bukan Islam, ada berbagai kumpulan yang ingin bersolat. 

Kita pula tidak yakin dengan arah kiblat mereka, dan lebih yakin pada arah kiblat kita sendiri. Maka kita tidak boleh berimamkan kumpulan tesebut kerana antara syarat sah solat ialah yakin akan arah kiblat yang sedang kita hadapi.

SOLAT : BERDIRI &  NIAT 


Solat fardu lima waktu adalah wajib bagi kita mendirikannya. 

Ia perlu di sempurnakan secara berdiri bagi kita yang berkemampuan. Jika tidak mampu berdiri, bolehlah bersembahyang secara duduk. Jika masih tidak mampu duduk, bolehlah melakukannya dalam keadaan mengiring di atas rusukmu.


Ayat di atas tidak menyatakan “dalam keadaan baring terlentang” tetapi “dalam keadaan mengiring di atas rusukmu”. 

Solat sunnat dibolehkan solat secara duduk biarpun berkemampuan. Walau bagaimanapun pahalanya separuh sahaja daripada jika kita bersolat berdiri.

Kita seberapa boleh hendaklah melarang sesiapa sahaja melintasi di hadapan kita sewaktu kita sedang bersolat. 

Larangan ini di buat dengan mengangkat tangan kita ke hadapan tanda “no entry”. Adalah berdosa bagi mereka yang lalu di hadapan orang yang sedang khusyuk bersolat.

Kita kerap melihat seseorang yang ada anak atau cucu berumur sekitaran tiga empat tahun menutup pintu apabila hendak bersolat kerana di bimbangan akan di ganggu oleh cucu-cucu itu. 

Sebenarnya biarlah pintu itu di buka agar cucu-cucu boleh melihat bagaimana kita bersolat. Ada riwayat menceritakan Nabi Muhammad saw sendiri “diganggu” oleh cucu Baginda.

Segala perbuatan dalam solat sebenarnya adalah juga terapi badan iaitu semasa berdiri tegak, tunduk rukuk dan sujud merendahkan kepala hingga ke tanah. 

Apabila berdiri kedua kaki hendaklah direnggankan mengikut keselesaan masing-masing. Menjarakkannya adalah sunat sahaja.

Semasa berdiri dalam solat, jarak di antara dua kaki ialah kadar sejengkal (lebihkurang 15 cm) bagi mazhab Syafi’i. 

Manakala mazhab Hanafi renggangnya kadar empat jari tangan (lebihkurang 8 cm) sahaja. Mazhab Maliki dan Hanbali pula disyorkan jarak kaki mengikut keselesaan badan.

Kedua-dua mata kaki hendaklah diarah lurus tegak mengadap ke hadapan, bukan di serongkan tapak kaki berkenaan. Hujung jari kaki kita hendaklah menyentuh jari kaki jemaah lain di sebelah kita.

Niat untuk menunaikan solat adalah salah satu rukun solat. Mazhab Syafi’i dan Maliki mewajibkan niat serentak dengan takbiratulihram. 

Manakala mazhab Hanbali dan Hanafi berpendapat harus niat terdahulu sedikit daripada takbiratulihram.

Niat solat adalah amalan dalam hati. Ada juga diantara kita yang berbuat kedua-dua serentak iaitu niat dalam hati dan lafaz bersekali. 

Jika di hati betul, tetapi yang dilafaz tersilap, ia tidak memudaratkan niat berkenaan. Yang di kira sah ialah niat di dalam hati.



Dalam niat solat hanya perlu ada “jenis solat” (fardu / sunat / qada) dan “nama solat” (Subuh / Magrib dll). 

Bagaimanapun perkataan “makmum”, “qasar” dan “jamak” jika di perlukan hendaklah diniatkan bersekali. 

Walau bagaimanpun perkataan “bilangan rakaat”, “tunai”, dan “kerana Allah” bukan merupakan asas utama di dalam kandungan niat. Jika tertinggal atau ditinggalkan tidak mencacatkan kepada niat itu. Wallahu a’lam.


SOLAT: TAKBIRATULIHRAM & FATIHAH

Takbiratulihram hendak dibuat secara bersuara (tidak perlu nada kuat) iaitu mesti didengar oleh telinga orang yang membuat takbir itu akan sebutan “Allahu Akbar”. Tanpa lafaz takbir ini, solat kita tidak sah. Wallahu a’lam.

Pada masa yang serentak kita di galakkan mengangkat tangan semasa takbiratulihram. Hukum mengangkat tangan ini adalah sunat. 


Ada beberapa cara mengangkat tangan ini, iaitu :- 

(1) mengangkat tangan ke paras bahu; 

(2) mengangkat tangan hingga ke paras telinga; dan 

(3) mengangkat tangan hingga ke paras telinga dengan ibu jari berdampingan dengan cuping (anak) telinga.


Semasa berdiri, kepala seelok-eloknya tunduk sedikit agar pandangan mata melihat ke tempat sujud. Ini adalah pandangan mazhab Syafi’i dan Hanafi. 

Tetapi mazab Maliki mengatakan elok memandang kearah hadapan. 

Tetapi Nabi Muhammad saw melarang memandang ke atas kerana menyifatkannya seperti seorang yang bongkak.

Ada orang yang memejamkan mata mereka semasa solat. Mazhab Syafi’i berpendapat ianya makruh. 

Tetapi setengah ulama mengharuskannya jika bertujuan memperolehi khusyuk dalam solat.

Ada tiga cara berdakap tangan yang biasa kita lihat semasa kita berdiri tegak, iaitu:-

(1) meluruskan tangan kebawah dengan merapatkannya ketepi badan (amalan mazhab Maliki); 

(2) berdakap tangan dan meletakkanya di atas dada; 

(3) meletakkan tangan dengan berdakap di antara dada dan pusat (amalan mazhab Syafi’i). Berdakap bermaksud meletakkan tangan kanan di atas pergelangan awal lengan kiri.

Membaca doa iftitah adalah sunat dan di baca secara perlahan. Ada ulama mengatakan ada tujuh bentuk doa iftitah yang di galakkan. Kita biasanya membaca doa iftitah “Allahuakbar.......Muslimin”.

Selepas membaca doa iftitah kita membaca surah al-Fatihah. Ini bacaan wajib kerana tidak sah solat bagi mereka yang tidak membaca al-Fatihah.

Mohon peringatan bahawa:
(1) Barangsiapa yang meninggalkan bacaan al-Fatihah secara sengaja maka batal solatnya; 

(2) Barangsiapa yang terlupa membacanya dan teringat sebelum sampai ke rakaat selepas itu, wajib untuknya mengulangi berdiri dan membaca al-Fatihah; atau 

(3) Sekiranya sudah memasuki rakaat lain, maka terhapus rakaat tadi dan perlulah ia menambah satu rakaat lain”.

Ada ulama berpendapat kita tidak perlu membaca al-Fatihah pada rakaat-rakaat yang imam membacanya seperti dua rakaat pertama dalam solat Subuh, Magrib dan Isyak. Walau bagaimanapun mazhab Syafi’i berpendapat makmum tetap diwajibkan membaca al-Fatihah walaupun di belakang imam.

Sekiranya bacaan al-Fatiha kita di ganggu oleh sesuatu seperti bersin dan kita pula berzikir ke atasnya dengan menyebut Alhamdulillah, maka kita perlu ulangi bacaan al-Fatiha dari mula. 

Bacaan al-Fatiha tidak boleh ada gangguan seperti zikir atau berhenti terlalu lama di antara ayat-ayatnya.

Selepas membaca surah al-Fatihah, kita di sunatkan membaca apa jua surah yang lain. Nabi Muhammad saw biasanya memanjangkan bacaan surah dalam solat Subuh kerana bacaan ketika itu dipersaksikan oleh ramai para malaikat.

Dalam solat hanya ada tiga bentuk bacaan yang dianggap sah iaitu:-

(1) ayat-ayat suci al-Quran; 
(2) zikir kepada Allah dalam bahasa Arab; dan 
(3) doa dalam Bahasa Arab. 

Jika hendak berdoa dalam solat iaitu sewaktu sujud, di bolehkan dalam apa jua bahasa tetapi hanya di dalam hati.

Adalah elok di baca mengikut tertib susunan al-Quran yang telah di susun oleh Allah. Walau bagaimanapun jika tidak mengikut susunan, ia tidaklah haram. 

Tidak di sunatkan membaca apa-apa surah pada rakaat ketiga dan keempat.

SOLAT: RUKUK & SUJUD


Setelah selesai membaca al-Fatihah dan surah, kemudian kita rukuk. 

Perbuatan rukuk ialah membongkokkan badan, tangan memegang lutut supaya antara punggung dan kepala rata seakan-akan 90 darjah. Kita hendaklah jangan buat rukuk tergopoh gapah. Mesti ada tamakninah atau bertenang sebentar ketika rukuk.


Jari-jari hendaklah diletakkan di atas lutut dan direnggangkan jari-jari berkenaan. Meletak tangan di atas peha atau meletak tangan di betis adalah dianggap kurang sempurna rukuk kita.


Nabi Muhammad saw dinyatakan melarang membaca apa jua ayat al-Quran semasa rukuk. Kita di minta bertasbih memperbesarkan Allah. 

Ingatlah, dalam solat hanya ada tiga bentuk bacaan sahaja iaitu (1) ayat-ayat suci al-Quran; (2) zikir atau tasbih; dan (3) doa dalam bahasa Arab.

Apabila selesai rukuk, kita bangkit berdiri tegak atau dinamakan iktidal. Iktidal ini mesti ada tamakninah iaitu berhenti sebentar sambil berdiri. 

Ramai di antara kita tidak menghiraukan tamakninah ini kerana hendak cepat-cepat selesaikan solat. Jangan ambil enteng perkara ini kerana ia boleh membuat solat kita dapat zero pahala.

Selepas rukuk kita hendaklah sujud pula. Persoalannya semasa hendak melakukan sujud adakah (1) turun tangan dahulu; atau (2) letak lutut dahulu. 

Mazhab Syafi’i mengalakkan meletak kedua-dua lutut dahulu sebelum tangannya, kemudian dahinya. Semasa sujud kesemua tujuh anggota perlu terkena tempat sujud bagi memperolehi sujud sempurna iaitu (1) dahi; (2) dua tapak tangan; (3) dua lutut; dan (4)hujung jari kedua-dua kaki.

Kita kerap tidak mengambil berat tentang “hujung jari kaki” ini semasa sujud. Kesemua hujung jari kaki hendaklah dibengkokkan atau dilipatkan agar pemukaannya terkena pada tempat sujud. 

Kegaggalan berbuat demikian berkemungkinan terbatalnya solat kita. Kesemua tujuh anggota perlu mencecah lantai semasa sujud. Iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua permukaan kaki. Dapat permukaan jari-jari sudah memadai.

Hanya mazhab Maliki sahaja yang menyatakan tidak terbatal kerana mereka menganggap anggota sujud yang wajib hanyalah dahi.

Mestikah hidung mencecah tempat sujud? Mazhab Syafi’i berpendapat sekiranya hidung tidak mencecah tempat sujud hukumnya makruh. Adalah lebih elok semasa sujud, dahi dan hidung terkena tempat sujud bagi memperolehi lebih kesempurnaanya.

Apabila kita sujud hendaklah menekankan dahi kita ke bumi. Mazhab Syafi’i mewajibkan dahi perlu tiada halangan seperti rambut atau sebahagian pakaian kita atau songkok dll. 


SOLAT: SUJUD & TAHIYAT AWAL

Nabi Muhammad saw semasa sujud difahamkan merenggangkan kedua-dua belah tangannya daripada sisinya sehingga kelihatan putih ketiak Baginda saw, serta mengangkat siku, merapatkan jari-jari semasa sujud, dan meletakkan kepala antara kedua-dua tangan. 

Walau bagaimanpun mengikut mazhab Syafi’i bagi perempuan tidak perlu merenggangkan tangan mereka ketika rukuk dan sujud.


Bacaan dalam solat boleh di buat dengan ayat-ayat suci al-Quran, zikir, tasbih serta doa dalam bahasa Arab. Banyak nas yang menyatakan akan kelebihan dan fadilat memperbanyakkan doa semasa sujud.


Ada tiga cara yang biasa kita lihat perilaku semasa duduk antara dua sujud ini iaitu:- 

(1) meletakkan punggung di atas tapak kaki kiri, dan kaki kanan ditegakkan ke belakang sambil jari-jari kaki kanan itu dilipatkan; 

(2) meletakkan punggung di atas kedua-dua kaki kiri dan kanan yang ditegakkan ke belakang sambil jari-jari kaki kanan itu dilipatkan; dan 

(3) meletakkan punggung di atas lantai diantara kedua-dua kaki ditegakkan ke belakang. 

Mazhab Syafi’i lebih gemar kepada posisi numbor (1) di atas dan tidak suka kepada posisi numbor (3). Posisi numbor (2) di haruskan. Wallahu a’lam.

Mazhab Syafi’i berpendapat adalah sunat untuk duduk sebentar selepas sujud yang kedua, tidak terus bangkit berdiri.

Duduk tahiyat awal dan membaca bacaannya adalah sunat sahaja. Kita juga disunatkan duduk di atas kaki kiri, sedangkan kaki kanan ditegakkan ke belakang. Kedua-dua tangan di atas lutut masing-masing. Dan apabila tiba pada ayat “ill LAllah” dalam bacaan tahiyat, disunat menaikkan jari telunjuk tanpa menggerakkannya sepertimana di saran oleh mazhab Syafi’i.

Ada juga ulama mazhab Syafi’i berpebdapat adalah sunat melihat jari semasa menaikkan jari ketika tahiyat. Wallahu’alam. 
SOLAT :TAHIYAT AKHIR & SALAM

Cara duduk semasa tahiyat akhir adalah dengan punggung didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan kebawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan kebelakang. Ini biasa kelihatan diamalkan di Malaysia.

Dalam bacaan tahiyat akhir, selawat ke atas Nabi Muhammad saw adalah wajib, dan manakala selawat Ibrahimiyah adalah sunat jua bagi yang berpegang mazhab Syafi’i. Kita boleh membaca doa tambahan tetapi mesti dalam bahasa Arab selepas membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.

Selepas tahiyat akhir kita memberi salam. Salam yang pertama adalah wajib dan yang kedua adalah sunat. Kita memulakan salam seperti berikut: (1) baca “assalamualaikum” dengan kepala masih mengadap kearah kiblat; (2) sambil membaca “wa rahmatullahi” menoleh ke kanan; dan (3) sambil terus menoleh ke kira dengan membaca “assalamu’alaikum wa rahmatullahi”.

Perbuatan berhenti sebentar dipertengahan salam (salam ke kanan * tunduk sebentar kedepan * salam ke kiri) adalah kurang tepat dalam perbuatan solat mengikut setengah ulama. Ini juga termasuk menyapu dahi selepas memberi salam tidak digalakkan. Wallahua'lam.